UPSI Digital Repository (UDRep)

Pemurnian, kesahan dan kebolehpercayaan Modul Psiko-Numerologi berdasarkan Terapi Kognitif Tingkah Laku (MPN-TKT)

AVAILABLE Thesis 1809 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pemurnian, kesahan dan kebolehpercayaan Modul Psiko-Numerologi berdasarkan Terapi Kognitif Tingkah Laku (MPN-TKT)
Type
Thesis
Main Author
Nadratul Shima Salim
Subject
RC Internal medicine
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan memurnikan, mengukur kesahan dan kebolehpercayaan Modul Psiko-Numerologi Berdasarkan Terapi Kognitif Tingkah Laku (MPN-TKT). Modul ini dimurnikan semula berdasarkan Modul Psiko-Numerologi yang digubal oleh Mohammad Aziz Shah yang mempunyai enam strategi dan 28 aktiviti. Strategi dalam MPN-TKT ialah Strategi 1: Pengenalan Psiko-Numerologi, Strategi 2: Psiko-Numerologi dan Hukum Tenaga, Strategi 3: Pengiraan Piramid Terbalik dalam Psiko-Numerologi, Strategi 4: Mentaksir Matriks Tunggal Psiko-Numerologi, Strategi 5: Mentaksir Matriks 2 Atom Psiko-Numerologi dan Strategi 6: Aplikasi Sesi Bimbingan Psiko-Numerologi. Reka bentuk kajian ialah kajian deskriptif iaitu mencari nilai kesahan kandungan keseluruhan dan nilai kebolehpercayaan MPN-TKT. Seramai 12 panel pakar dalam bidang psikologi, kaunseling, pendidikan dan kakitangan awam dipilih sebagai panel pakar dalam menilai dua soal selidik yang digubal, iaitu soal selidik kesahan kandungan modul berdasarkan Russell dan soal selidik kesesuaian sesi dan aktiviti berdasarkan Mohammad Aziz Shah. Manakala bagi nilai kebolehpercayaan seramai 90 responden merangkumi 30 pelajar IPTA, 30 pelajar sekolah dan 30 kakitangan awam menjawab soal selidik kebolehpercayaan MPN-TKT. Hasil kajian menunjukkan nilai kesahan keseluruhan MPN-TKT mengikut Russell ialah 0.883 (88.33%) dan bagi nilai kesahan keseluruhan kesesuaian sesi dan aktiviti ialah 0.896 (89.64%). Bagi nilai kebolehpercayaan ialah .952 bagi pelajar IPTA, .986 bagi pelajar sekolah dan .986 bagi kakitangan awam. Implikasi keputusan kajian menunjukkan MPN-TKT mempunyai nilai kesahan keseluruhan dan nilai kebolehpercayaan tinggi yang membuktikan MPN-TKT sesuai digunakan di sekolah, Institut Pengajian Tinggi, dan organisasi awam dalam membangunkan potensi serta karakter dalam diri.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.