Kesan video bersegmen terhadap pencapaian dan sikap pelajar dalam mata pelajaran Gerontologi asas dan perkhidmatan Geriatrik
Type
Thesis
Main Author
Mohd Fazly Mustapha
Subject
T Technology (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kaedah pengajaran pada masa kini menimbulkan pelbagai masalah antaranya pengajaran lebih berbentuk kepada teori dan komunikasi satu arah sahaja yang akan mcngakibatkan pelajar menjadi bosan, kurang memberikan tumpuan dan seterusnya menjejaskan pencapaian mereka. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan video bersegmen terhadap pencapaian dan sikap pelajar dalam mata pelajaran Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kuantitatif deskriptif dengan memilih rekabentuk kuasi eksperimen berbentuk ujian pra-pasca bagi melihat pencapaian dan sikap pelajar melalui penggunaan video bersegmen. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 4 dari Sckolah Menengah Seksyen 24 (2), Shah Alam, Selangor. Data yang telah dikumpul hasil daripada ujian berkenaan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan ujian-t. Dapatan analisis deskriptif ujian pra-pasca menunjukkan tcrdapat peningkatan pencapaian yang diperolehi dan hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan terhadap sikap pelajar dengan penggunaan video bersegmen dalam mata pelajaran berkenaan. Justeru itu, kaedah video bersegmen dapat digunakan untuk pembelajaran kendiri yang berkesan dan menjimatkan masa.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.