UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah

AVAILABLE Thesis 2806 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah
Type
Thesis
Main Author
Siti Az Zaharah Ismail
Subject
P Philology. Linguistics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjung Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah melalui pelaksanaan aktiviti kesedaran fonologikal. Kajian ini berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal kanak-kanak dalam kemahiran awal membaca, meninjau penerimaan kanak-kanak prasekolah terhadap aktiviti kesedaran fonologikal dan mengenal pasti pandangan guru terhadap kesedaran fonologikal dalam pembelajaran kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah. Kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini melibatkan lapan orang kanak-kanak prasekolah berumur lima tahun dan seorang guru prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dengan berpandukan senarai semak untuk mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah. Kaedah temu bual semi struktur digunakan bagi mendapatkan pandangan guru berkaitan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak melalui pelaksanaan aktiviti kesedaran fonologikal. Analisis dokumen digunakan untuk menyokong dan melengkapkan maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian dan temu bual. Data dianalisis dalam bentuk deskriptif. Kajian ini turut menumpukan kepada empat komponen dalam kemahiran awal membaca iaitu perbendaharaan kata, fonik, kefahaman dan kelancaran. Dapatan kajian mendapati kanak-kanak mudah menguasai tugasan peringkat rhyme, ayat dan suku kata tetapi mereka mengalami kesukaran pada peringkat onset dan rima. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak memberi maklum balas positif terhadap aktiviti kesedaran fonologikal dan guru prasekolah berpandangan bahawa kesedaran fonologikal memberi kesan yang positif terhadap kemahiran awal membaca kanak-kanak di prasekolah. Implikasi kajian ini menunjukkan penguasaan kesedaran fonologikal dapat meningkatkan kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah yang mengalami kesukaran membaca.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.