UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pemikiran kritis merupakan satu domain pernikiran yang membantu meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan seseorang. Ia juga akan membantu penggunaan maklumat dengan berkesan di samping membuat pertimbangan yang rasional. Tirukkura] merupakan satu teks berunsurkan kehidupan manusia yang boleh dijadikan panduan hidup. Kajian ini bertujuan mengkaji konsep pemikiran kritis dan amalannya dalam kalangan masyarakat India yang berpendidikan Tamil di Malaysia. Penekanan diberikan terhadap pengaplikasian kemahiran penelitian sebab dan akibat serta kemahiran penyelesaian masalah secara kritis dalam kehidupan seharian. Kajian ini berbentuk gabungan kuantitatif dan kualitatif. Responden kajian ini terdiri daripada 400 orang (200 lelaki & 200 perempuan) masyarakat India yang berusia 21 tahun dan ke atas. Mereka dipilih secara persampelan rawak berkelompok. Instrumen kajian adalah satu set soal selidik dan satu set soalan temubual yang dihasilkan oleh penyelidik. Kebolehpercayaan soal selidik ini adalah sangat tinggi (r = 0.94). Dapatan kajian diskriptif yang menggunakan kaedah penggredan menunjukkan tahap pengaplikasian gagasan penelitian sebab dan akibat yang berada dalam tahap cemerlang adalah sebanyak 5.0%, tahap sangat baik sebanyak 24.7%, tahap baik adalah sebanyak 43.0% manakala 21.3% responden berada di tahap yang sederhana. Di samping itu, 6.0% masih lagi lemah dalam gagasan ini. Bagi tahap pengaplikasian gagasan penyelesaian masalah pula, responden yang berada di tahap cemerlang adalah sebanyak 7.5%, tahap sangat baik adalah sebanyak 23.5%, tahap baik sebanyak 38.0% manakala 24.0% berada di tahap sederhana. Selebihnya, sebanyak 7.0% masih lagi lemah dalam gagasan penyelesaian masalah. Analisis inferensi menunjukkan faktor umur, tahap pendidikan dan kerjaya mempengaruhi tahap dan amalan pemikiran kritis secara nyata. Akan tetapi, jantina tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan terhadap amalan pemikiran kritis dalam kalangan masyarakat India yang berpendidikan Tamil di Malaysia. Dengan ini, dapat dinyatakan bahawa, jantina tidak rnempengaruhi pemikiran kritis yang sisarankan oleh Tiruvalluvar, Kesemua dapatan analisis kuantitatif ini selaras dengan pandangan dan input yang diberikan oleh informan yang ditemubual. Hasil kajian ini membuktikan bahawa, masyarakat India yang berpendidikan Tamil di Malayisa memiliki keupayaan berfikir secara kritis seperti mana yang disarankan oleh Tiruvalluvar. Tetapi, tahap pemikiran kritis ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti umur, tahap pendidikan, dan kerjaya. Sebagai kesimpulan, dapat dinyatakan bahawa pemikiran kritis berpandukan teks Tirukkura] masih lagi diamalkan walaupun dunia ini sudah melangkah ke era teknologi maklumat. Ini menandakan Tirukkural masih lagi satu karya yang relevan dalam kehidupan seharian walaupun penghayatannya sedang merosot dalam kalangan muda mudi zaman sekarang. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |