UPSI Digital Repository (UDRep)

Estetika kerohanian dalam seni kata lagu S. Amin Shahab

AVAILABLE Thesis 2346 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Estetika kerohanian dalam seni kata lagu S. Amin Shahab
Type
Thesis
Main Author
Hairul Anuar Harun
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesepaduan dan perkaitan antara unsur estetika dengan kerohanian dalam seni kata lagu karya S. Amin Shahab. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan teks dengan pengumpulan data berdasarkan temu bual responden utama dan kajian kepustakaan. Sebanyak 35 buah seni kata lagu menjadi sumber data berdasarkan dua kriteria utama, iaitu lagu yang popular dan malar segar serta seni katanya menepati tema kerohanian. Kerangka konsep Estetika Bersepadu yang dikemukakan oleh Abdul Halim Ali diaplikasikan sebagai reka bentuk kajian, apabila ia mengaitkan kesepaduan stail (estetika bahasa) dan pemikiran dengan perutusan agama. Data yang dianalisis dibincang secara deskriptif, dengan berpandukan aspek gaya bahasa oleh Tarigan dan gaya kata oleh Ali Imron. Penyepaduan unsur estetika gaya bahasa dan gaya kata (pemilihan diksi) ini dihubungkan dengan pemikiran S. Amin Shahab dan perkaitannya dengan unsur kerohanian. Hasil kajian mendapati sebanyak 10 jenis gaya bahasa dan enam kelompok kata ditemui. Gaya bahasa perbandingan dan gaya kata pentauhidan, mendominasi sumber data yang dianalisis. Kesepaduan estetika dengan kerohanian, terbukti wujud dan begitu signifikan dengan sastera sufistik serta kaya dengan maksud tersirat dan tersurat mahupun dari aspek tekstual dan kontekstual, serta penuh fikrah, berhikmah, indah, dan bermakna. Penyelidikan ini telah membuktikan bahawa seni kata lagu merupakan sebuah karya sastera yang komprehensif malah sewajarnya ia diangkat serta diiktiraf sebagai salah satu cabang sastera.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.