UPSI Digital Repository (UDRep)

Penilaian kualiti ujian sumatif yang dibangunkan guru sekolah menengah atas di Palembang, Indonesia

AVAILABLE Thesis 1574 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penilaian kualiti ujian sumatif yang dibangunkan guru sekolah menengah atas di Palembang, Indonesia
Type
Thesis
Main Author
Evy Ratna Kartika Waty
Subject
LA History of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai ujian sumatif Ujian Akhir Sekolah (UAS) berbentuk aneka pilihan yang dibangunkan oleh guru sekolah menengah atas di Palembang berdasarkan kesahan, kebolehpercayaan, aras kesukaran, indeks diskriminasi, dan keberkesanan pengganggu. Kajian ini juga bertujuan menentukan sejauh mana hubungan antara kualiti ujian sumatif UAS dengan latarbelakang guru dalam membuat pentaksiran serta mengenalpasti apakah kekangan yang dihadapi guru dalam menyediakan dan mentadbir UAS. Subjek kajian meliputi 60 orang guru yang mengajar matapelajaran UAS yang dikaji, iaitu Pendidikan Agama, Pendidikan Kewarganegaraan dan Pendidikan Sejarah. Kajian berbentuk ex-post facto ini melibatkan analisis kertas jawapan pelajar daripada ujian sumatif UAS dan pentadbiran soal selidik guru. Respons setiap pelajar bagi setiap item dimasukkan dalam spreadsheet dan dianalisis menggunakan perisian Anates. Sejumlah 2400 kertas jawapan pelajar daripada 2400 pelajar telah dianalisis. Soal selidik guru digubal untuk mendapatkan maklumat berkaitan amalan pentaksiran guru, pendidikan tertinggi guru, pengalaman mengajar, kekerapan membuat ujian serta latihan kurikulum dan pentaksiran yang pernah diterima guru tiga tahun terakhir. Hubungkait faktor-faktor ini dengan kualiti ujian sumatif dianalisis dengan regresi berganda. Hasil penilaian menunjukkan bahawa 58 peratus guru dapat membina ujian sumatif dengan kesahan pada tahap yang sederhana dan baik dengan peratusan item valid yang boleh diterima, manakala 42 peratus lagi masih berada pada tahap rendah. Latarbelakang guru didapati menyumbang secara signifikan kepada kualiti ujian yang dihasilkan. Kajian ini memberi maklumat yang berguna bagi pembentukan suatu badan yang akan mengawal setia kualiti ujian semua di peringkat, sama ada peringkat sekolah, wilayah atau di peringkat nasional.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.