UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkaitan antara pencapaian akademik persekitaran keluarga dan faktor personaliti dalam kalangan pelajar sekolah menengah berprestasi rendah

AVAILABLE Thesis 1020 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perkaitan antara pencapaian akademik persekitaran keluarga dan faktor personaliti dalam kalangan pelajar sekolah menengah berprestasi rendah
Type
Thesis
Main Author
Nyanamany Seeni
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara faktor personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Objektifnya mengkaji tahap pencapaian akademik mengikut jantina, bangsa dan lokasi sekolah, menentukan tahap persekitaran keluarga dari segi keakraban keluarga, pernyataaan perasaan dan konflik keluarga serta faktor personaliti ekstroversi dan neurotik serta sumbangan persekitaran keluarga dan dimensi personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan empat sekolah berprestasi rendah daerah Kinta Utara. Inventori "Family Enviroment Scale? digunakan untuk mengukur tahap persekitaran keluarga dan Inventori Personaliti Junior Eysenck bagi mengesan personaliti pelajar dalam kajian ini. Sejumlah 466 responden dari tingkatan empat dipilih secara rawak berkelompok dari 12 buah sekolah yang mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) 3.0 dan ke atas dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2012 terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian akademik pelajar perempuan adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Tahap pencapaian pelajar berbangsa Cina lebih tinggi daripada pelajar Melayu dan India. Seterusnya responden yang tinggal di kawasan luar bandar mempunyai skor min yang tinggi berbanding dengan pelajar yang tinggal di kawasan bandar. Sebanyak 76.2% responden kajian memiliki personaliti introversi dan selebihnya 23.8% responden berpersonaliti ekstroversi. Aspek personaliti neurotik peramal kepada prestasi pencapaian akademik pelajar sekolah menengah berprestasi rendah. Manakala bagi dimensi persekitaran keluarga, aspek konflik keluarga mempunyai hubungan dengan pencapaian akdemik pelajar. Didapati bahawa aspek keakraban keluarga dan pernyataan perasaan tidak menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Walaubagaimanapun kajian ini memperolehi dapatan bahawa konflik keluarga memberi sumbangan yang besar terhadap pencapaian akademik berbanding dengan faktor personaliti. Semakin banyak keluarga yang menghadapi konflik keluarga dalam sesuatu kawasan maka pencapaian pelajar akan menurun dalam kawasan tersebut.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.