UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan bagi menentukan pengaruh stok modal manusia rakan sekerja, iaitu pendidikan, pengalaman kerja dan latihan, dispersi persekolahan tempat kerja dan rakan sekerja yang terlebih pendidikan dan kemahiran, iaitu tahap pendidikan dan kemahirannya melebihi daripada keperluan pekerjaan, terhadap upah individu di Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan data sekunder Kaji Selidik Iklim Pelaburan dan Produktiviti (PICS) tahun 2007 keluaran World Bank Enterprise Survey (WBES). Dengan menggunakan dua kaedah penganggaran, Kaedah Kuasa Dua Terkecil (KKDT) dan Kesan Rawak (KR), dapatan kajian menunjukkan bahawa pendidikan rakan sekerja dan dispersi persekolahan mempunyai kesan positif dan signifikan ke atas upah individu. Pengaruh pengalaman kerja dan latihan rakan sekerja juga signifikan dan positif dalam mempengaruhi upah individu, tertakluk kepada spesifikasi model dan kaedah penganggaran. Rakan sekerja yang berpendidikan tinggi atau rendah turut memberi kesan positif dan signifikan ke atas upah individu, namun kesan magnitud tertakluk pada kaedah penganggaran. Ketidaksepadanan dan terlebih pendidikan dan kemahiran rakan sekerja akan mempunyai hubungan yang negatif ke atas upah premium dan penalti individu, tertakluk kepada jenis penganggaran. Kesimpulannya, dapatan menunjukkan bahawa stok modal manusia rakan sekerja berupaya menjadi pelengkap atau pengganti kepada stok modal manusia individu itu sendiri dengan masing-masing meningkatkan atau mengurangkan produktiviti individu. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pentingnya peranan kerajaan dalam pelaburan pendidikan dan latihan yang perlu dipertingkatkan memandangkan faedah limpahan pendidikan bukan sahaja dinikmati oleh individu itu sendiri, malahan rakan sekerja, organisasi dan negara. Keberkesanan pengurusan sumber manusia di peringkat organisasi adalah perlu bagi mengurangkan insiden ketidaksepadanan kemahiran dan pendidikan di tempat kerja kerana kewujudan pekerja seperti ini cenderung memberi kesan yang negatif kepada produktiviti pekerja lain. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |