UPSI Digital Repository (UDRep)

Model pemasaran keusahawanan dan impaknya terhadap prestasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia

AVAILABLE Thesis 1162 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Model pemasaran keusahawanan dan impaknya terhadap prestasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Sheerad Sahid
Subject
HB Economic Theory
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji model pemasaran keusahawanan (PK) dan kesannya terhadap prestasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga turut menguji peranan konstruk orientasi keusahawanan dalam mengantara hubungan di antara PK dengan prestasi perniagaan. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan secara tadbir sendiri telah digunakan dengan menjadikan pemilik dan pengurus PKS sebagai sampel kajian. Sebanyak 224 jumlah sampel boleh guna telah diperoleh daripada ketiga-tiga kaedah pos, lawatan dan juga tinjauan berasaskan Internet. Data kajian dianalisis dengan menggunakan pendekatan dua peringkat pemodelan persamaan berstruktur (SEM). Hasil analisis menunjukkan indeks kebagusan dalam model pengukuran PK mengesahkan bahawa model PK terdiri daripada empat komponen iaitu penciptaan peluang, inovasi produk mesra pelanggan, pengayaan sumber, dan kewajaran. Analisis pengesahan faktor(CFA) menunjukkan strategi inovasi produk mesra pelanggan merupakan strategi paling dominan dalam model PK. Manakala pengujian model berstruktur menunjukkan PK mempunyai kesan yang positif dan signifikan dalam meningkatkan prestasi perniagaan PKS. Hasil kajian juga menunjukkan konstruk orientasi keusahawanan mengantara hubungan PK dengan prestasi perniagaan dalam bentuk perantaraan penuh. Pendekatan bootstrapping yang digunakan turut menghasilkan keputusan yang sama, justeru mengesahkan bahawa orientasi keusahawanan mengantara hubungan antara PK dengan prestasi perniagaan. Implikasinya kajian ini menyumbang dalam mengembangkan teori PK kepada satu fasa baharu dengan mencadangkan model PK yang sah dan mempunyai kesan yang signifikan dalam meningkatkan prestasi perniagaan PKS di Malaysia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.