UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan dan pengesahsahihan model kompetensi guru penolong kanan pentadbiran dan akademik sekolah menengah Malaysia

AVAILABLE Thesis 1892 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembinaan dan pengesahsahihan model kompetensi guru penolong kanan pentadbiran dan akademik sekolah menengah Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Abd Razak Manaf
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Full Text

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membina dan mengesahsahih Model Kompetensi Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Sekolah Menengah (GPKP) menggunakan Model Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia (KOMPAS) sebagai model kompetensi rujukan. Rekabentuk kajian ini mengandungi tiga (3) fasa: (1) kaedah kualitatif menggunakan temu bual Behavior Event Interview (BEI) untuk mengenal pasti kompetensi semasa GPKP dengan melibatkan seramai lapan orang responden menggunakan analisis tema; (2) kaedah Delphi ubahsuai tiga pusingan menggunakan 12 orang pakar bagi mendapat kesepakatan tentang kompetensi penting bagi GPK untuk 3 – 5 tahun akan datang; dan (3) kaedah soal selidik dengan mengggunakan responden seramai 316 orang serta dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif, ujian-t, dan analisis regresi logistik. Analisis tema temu bual BEI merumuskan bahawa terdapat sebelas kompetensi semasa yang dinilai penting/sangat penting menurut GPKP sendiri. Analisis Delphi ubahsuai tiga pusingan dengan panel pakar dan validasi oleh GPKP melalui kaedah soal selidik merumuskan 24 kompetensi yang penting untuk GPKP untuk tempoh 3 – 5 tahun akan datang. Terdapat 14 kompetensi pembeza dan 10 kompetensi generik yang dinilai penting diperoleh melalui ujian-t. Analisis regresi logistik mendapati 13 kompetensi yang menentukan kecemerlangan GPKP pada aras signifikan p ≤ 0.05. Kompetensi yang dikenalpasti berkait dengan tugas utama GPKP: (1) mengurus kurikulum dan instruksional; (2) hubungan dengan staf bawahan;(3) mengurus sumber pendidikan; dan (4) keberkesanan kendiri. Kajian ini berjaya mengenal pasti menghasilkan Model Kompetensi GPKP untuk tempoh 3 – 5 tahun akan datang. Model kompetensi yang dihasilkan boleh dimanfaatkan untuk tujuan pemilihan, latihan dan pembangunan serta pengurusan penilaian prestasi GPKP.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.