UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Razila Aw Kamaludin
Title :Kaedah pengajaran terus nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bagi penerapan semangat patriotisme
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peningkatan semangat patriotisme pelajar-pelajar Tingkatan Dua bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Reka bentuk kajian ini adalah eksperimen kuasi yang menggunakan dua kumpulan pengajaran iaitu Kumpulan I (menggunakan sumber pengajaran pelbagai selain buku teks) dan Kumpulan II (sumber pengajaran buku teks PSK sahaja) sebagai kumpulan rawatan manakala satu Kumpulan Kawalan (sumber pengajaran bebas). Data pencapaian pelajar dikumpulkan dengan menggunakan ujian pra dan pos manakala empat aspek yang dinilai iaitu bangga terhadap Keunikan Pelbagai Budaya, Hak dan Tanggungjawab Terhadap Negara, Cinta Akan Negara dan Sanggup Berkorban Untuk Negara dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik. Sampel kajian terdiri 360 orang pelajar di negeri Selangor yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 120 pelajar pelbagai etnik (Melayu, Cina dan India), dan jantina. Indeks kebolehpercayaan soal selidik tertinggi adalah 0.94. Manakala analisis data deskriptif dilakukan dengan menggunakan SPSS Windows versi 22.00. Data telah diproses dengan menggunakan ANOVA Dua Hala untuk melihat kesan setiap aspek. Keputusan ujian yang didapati signifikan telah dilakukan Ujian Post Hoc Schffee manakala perbezaan min antara aspek dinilai dengan Ujian-t. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian patriotisme antara pelajar subjek KE I, KE II dan KK, terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian patriotisme berdasarkan etnik, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian patriotisme pelajar mengikut jantina. Keputusan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan interaksi kumpulan pengajaran dan etnik terhadap semangat patriotisme. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan interaksi etnik dan jantina terhadap semangat patriotisme. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan interaksi kumpulan pengajaran dan jantina terhadap semangat patriotisme. Daripada sudut nilai patriotisme, kajian ini hanya memfokus kepada aspek pencapaian pelajar terhadap semangat patriotisme, kajian terhadap tingkah laku pelajar ke arah peningkatan patriotisme kepada negara seharusnya diteruskan di masa hadapan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.