UPSI Digital Repository (UDRep)

Masalah sosial dalam sajak moden Tamil Malaysia

AVAILABLE Thesis 1241 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Masalah sosial dalam sajak moden Tamil Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Saraswathy Kuthirakkal Kunhikannan
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis tujuan penggunaan dan mengkaji gaya penulisan isu-isu sosial yang dipaparkan dalam sajak moden Tamil Malaysia. Sejumlah tujuh puluh tiga antologi sajak moden yang dihasilkan dari tahun 1979 - 2010 dipilih sebagai bahan kajian. Kaedah kualitatif iaitu kajian perpustakaan dan analisis teks serta teori sosiologi perspektif functionalis digunakan. Pola perbincangan kajian ini tertumpu kepada masalah sosial, ekonomi dan pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan daripada sembilan puluh tiga buah sajak moden yang dikaji, lima puluh lima buah sajak moden menggambarkan isu-isu sosial, enam belas buah sajak moden menggambarkan isu-isu ekonomi dan dua puluh dua buah sajak moden menggambarkan isu-isu pendidikan. Sajak-sajak moden ini dihasilkan bagi tujuan memberi pengajaran, meluahkan perasaan tidak puas hati, mencerminkan pergolakan hidup serta memberi kesedaran dan amaran. Para penyajak menggunakan teknik simile, imej, metafora, paradoks, simbol, mitos, kekaburan dan sindiran untuk memaparkan isu-isu sosial dalam sajak moden Tamil Malaysia. Sajak-sajak moden yang dikaji boleh dijadikan teladan, panduan dan refleksi dalam menyelesaikan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.