UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Objektif kajian ini ialah untuk meneliti penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu dan Bahasa Isyarat Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak bermasalah pendengaran di peringkat intervensi awal. Reka bentuk penyelidikan kualitatif dipilih untuk menjawab dua persoalan kajian. Dua set instrumen telah digunakan untuk memperolehi maldumat penguasaan Bahasa Melayu dan faktor yang mempengaruhinya. Seramai lima orang kanak-kanak bermasalah pendengaran, empat orang guru dan tiga orang ibu bapa dipilih menjadi responden melalui teknik persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid bermasalah pendengaran yang menguasai bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang lebih baik berbanding murid-murid bermasalah pendengaran yang menguasai Bahasa Isyarat Malaysia. Kajian juga mendapati faktor ibu bapa, diri murid, guru dan persekitaran mempengaruhi penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa intervensi awal bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu dan faktor ibu bapa, diri murid, guru dan persekitaran membantu penguasaan bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kajian yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan di peringkat yang lebih tinggi untuk melihat kesan program intervensi awal terhadap penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak bermasalah pendengaran. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |