UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :B Philosophy (General)
Main Author :Parameswary Periasamy
Title :Kesahan dan kebolehpercayaan modul kuasa minda separa sedar berdasarkan aplikasi terapi kognitif tingkah laku dalam pembangunan remaja (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian bertujuan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan Modul Kuasa Minda Separa Sedar berdasarkan Aplikasi Terapi Kognitif Tingkah Laku (MKMSSTKT) dalam Pembangunan Remaja. Reka bentuk kajian adalah kajian deskriptif, iaitu mencari nilai kesahan kandungan dan nilai kebolehpercayaan MKMSS-TKT dalam pembangunan remaja. Seramai lapan panel pakar dalam bidang psikologi, Kaunseling dan Pendidikan telah dipilih untuk menjawab dua soal selidik kesahan kandungan modul oleh Russell dan soal selidik kesesuaian sesi dan aktiviti modul oleh Mohammad Aziz Shah. Seterusnya bagi mencari nilai kebolehpercayaan, seramai 30 responden daripada sebuah sekolah menengah di Daerah Sentul, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai subjek kajian. Dapatan mendapati peratus keseluruhan kesahan kandungan modul berdasarkan Russell adalah tinggi, iaitu 81 peratus, manakala kesahan kesesuaian sesi dan aktiviti berdasarkan Mohammad Aziz Shah ialah 88 peratus. Nilai pekali kebolehpercayaan MKMSS-TKT adalah tinggi iaitu 845. Justeru, keputusan kajian menunjukkan bahawa MKMSS-TKT mempunyai nilai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa MKMSS-TKT boleh digunakan dalam lapangan sebenar pembangunan remaja dan boleh dimanfaatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, institusi sekolah dan sebagainya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)