UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Sarimah Arifin
Title :Kesan bimbingan kelompok terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan bimbingan kelompok terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin. Kajian eksperimen praujian dan posujian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan digunakan. Sejumlah 45 orang pelajar tingkatan empat daripada sebuah sekolah menengah di dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu yang dipilih secara persampelan rawak bertujuan. Berdasarkan data Soal Selidik Kecerdasan Emosi, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan yang dianggotai oleh 30 orang dan 15 orang di dalam kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menerima rawatan yang diberikan oleh pihak sekolah, namun kumpulan rawatan diberikan 8 sesi bimbingan kelompok berdasarkan modul berpandukan pendekatan pemusatan-insan. Data kuantitatif dikumpul berdasarkan respon pelajar terhadap Soal Selidik Kecerdasan Emosi. Data kajian dianalisis menggunakan ujian-t dengan aras signifikan ditetapkan pada aras 05. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min kecerdasan emosi antara praujian dan posujian bagi kumpulan rawatan. Skor min posujian didapati lebih tinggi dibandingkan dengan skor min praujian bagi kumpulan rawatan. Sebaliknya, kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min praujian dan posujian yang signifikan bagi kumpulan kawalan. Implikasi kajian adalah bimbingan kelompok ini boleh digunakan berdasarkan modul pendekatan pemusatan-insan boleh membantu meningkatkan tahap kecerdasan emosi pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.