UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BL Religion
Main Author :Nasir Razali
Title :Mitologi dalam \"Menanti Puteri Hijau\" karya Ismail Kassan
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menemukan mitos pengarang dalam naskhah drama “Menanti Puteri Hijau” karya Ismail Kassan. Bagi menemukan mitos pengarang dalam naskhah drama yang dilihat beraliran absurd itu, kajian ini mengaplikasikan pendekatan mitologi yang diketengahkan oleh Roland Barthes (1972). Mitologi yang diaplikasikan itu berpegang kepada tiga prinsip, iaitu bentuk mitologi, konsep mitologi, dan pemaknaan. Objektif pertama kajian adalah mengkaji plot “Menanti Puteri Hijau” pada peringkat bentuk mitologi bagi menemukan lapis makna pertama di dalam teks. Kedua, menjelaskan simbol-simbol yang terdapat pada arahan pentas, objek pentas, latar pentas, dan watak-watak terpilih secara berstruktur pada lapis makna kedua bersandarkan konsep mitologi. Ketiga, menghuraikan dapatan analisis bentuk mitologi, dan dapatan analisis konsep mitologi dalam “Menanti Puteri Hijau” untuk mendapatkan pemaknaan mitos pengarang. Hasil kajian yang telah dilakukan, telah menemukan mitos pengarang yang tertumpu kepada persoalan tentang keadilan, rasuah, negara tidak berdaulat, masalah sosial, ketamakan, kemiskinan, hakikat ilmu, dan penantian manusia di sisi Tuhan. Kesemua mitos pengarang ini menjadi inti pati di dalam naskhah drama “Menanti Puteri Hijau”, dan berhubung kait dengan agama, psikologi, dan sosial masyarakat. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan dengan mengaplikasikan pendekatan mitologi, ia memberi implikasi untuk memahami naskhah drama absurd secara sistematik yang sebelum ini sukar difahami kerana gaya penyampaiannya dilihat tidak logik, anti-cerita, anti-plot, dan menyimpang dari ciri-ciri drama yang lazimnya. Oleh demikian, mitos yang merupakan pemikiran pengarang yang terdapat di dalam naskhah drama yang dikaji itu telah dirungkai secara berstruktur, dan berkesan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.