UPSI Digital Repository (UDRep)

Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor 1990-2010

AVAILABLE Thesis 1045 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor 1990-2010
Type
Thesis
Main Author
Mohamad Ali Alimin
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Disertasi ini bertujuan mengkaji perkembangan politik Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor dari 1990 hingga 2010. Disertasi ini menghuraikan matlamat perjuangan dan prinsip PAS Selangor sebagai sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan, mengenalpasti corak kepimpinan dan sumbangan tokoh-tokoh pemimpin PAS Selangor yang terdiri daripada golongan ulama dan profesional. Di samping itu, kajian ini juga menilai dan menghuraikan kejayaan dan masalah yang dihadapi usaha memasyarakatkan PAS dan kerjasama dengan parti politik lain. Ia juga memaparkan penerimaan masyarakat, cabaran dan kejayaan PAS di Selangor. Kajian ini dilaksanakan dengan menganalisis terhadap sumber primer seperti dokumen rasmi parti, perlembagaan parti, minit mesyuarat parti dan teks ucapan . Di samping itu pengkaji juga menganalisis sumber sekunder seperti buku, akhbar dan kertas kerja yang berkaitan. Dalam usaha memantapkan hasil kajian, pengkaji turut menggunakan sumber lisan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Disertasi ini membuktikan bahawa organisasi yang tersusun, barisan tokoh kepimpinan yang baik, berwawasan serta usaha yang berterusan untuk memasyarakatkan PAS di samping kerjasama yang terjalin antara parti politik yang lain berjaya membawa perubahan kepada lanskap politik Selangor. Akhirnya melalui kerjasama dengan parti politik yang lain berjaya menawan Selangor pada 2008. PAS tidak boleh bergerak sendirian dan perlu menjalin kerjasama dengan parti politik lain tanpa mengorbankan prinsip dan perjuangan parti.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.