UPSI Digital Repository (UDRep)

Pentadbiran Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan 1915-1941

AVAILABLE Thesis 1754 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pentadbiran Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan 1915-1941
Type
Thesis
Main Author
Muhamad Haris Sawalludin
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini berkenaan dengan pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), 1915-1941. Perbincangan menjurus kepada latar belakang MAIK dan peranannya dalam pencegahan masalah sosial di Kelantan. Bagi mendapatkan pemahaman yang lebih jelas berkenaan dengan masalah sosial di Kelantan, masalah salah laku seksual turut dibincangkan yang melibatkan masalah khalwat, bersekedudukan, pelacuran dan rogol. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Dalam kaedah ini, pengkaji melakukan analisis ke atas sumber-sumber primer yang terdapat di Arkib Negara Malaysia. Sumber-sumber primer berkenaan adalah terdiri daripada fail-fail MAIK, rekod-rekod kolonial seperti fail Colonial Office, Annual Report of Kelantan, fail-fail kerajaan negeri Kelantan dan fail-fail laporan MAIK. Selain itu, pengkaji juga menjalankan kajian di perpustakaan universiti awam untuk membuat analisis ke atas penyelidikan terdahulu. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa MAIK telah melaksanakan undang-undang pencegahan dan menangani masalah sosial yang menjurus kepada pelaksanaan undang-undang dan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti pihak polis, imam, mahkamah dan anggota masyarakat. Isu dan cabaran dalam menangani masalah sosial turut menjelaskan tadbir urus dalam pentadbiran MAIK terhadap pencegahan masalah sosial di Kelantan. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menunjukkan corak pentadbiran institusi agama di bawah MAIK sebagai sebuah pentadbiran yang berkesan dan sesuai pada masa itu.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.