UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini merupakan satu penyelidikan tentang nilai-nilai moral dalam cerita-cerita rakyat kaum Bidayuh di daerah Serian, Sarawak. Terdapat tiga objektif iaitu mengkategorikan cerita-cerita rakyat kaum Bidayuh, menghuraikan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat Bidayuh dan menghubungkait nilai-nilai moral dengan kehidupan seharian kaum Bidayuh. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan moral kerana pendekatan ini meletakkan sastera khususnya cerita rakyat sebagai seni tertinggi kerana memiliki unsur pengajaran dan pendidikan yang mampu mendidik masyarakatnya menjadi individu yang mulia. Usaha pengumpulan cerita-cerita rakyat khususnya di Sarawak telah lama dilaksanakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan usaha pengumpulan tersebut, maka terhasillah beberapa buah naskah Cerita Rakyat Sarawak seperti Si Sidur dan Dayang Puteri hasil selenggaraan Jiso Rutan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun kajian berkaitan dengan nilai moral dalam cerita rakyat Bidayuh belum lagi dilakukan oleh mana-mana pengkaji. Pengkaji mendapati nilai moral dalam cerita rakyat amat penting untuk diketengahkan kepada masyarakat kerana nilai moral mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia khususnya dalam sistem pendidikan di sekolah. Pengajaran sastera rakyat Bidayuh di sekolah mampu menyuburkan semula cerita rakyat yang semakin lenyap di telan zaman. Kajian terhadap cerita rakyat ini juga memenuhi konsep pendekatan moral iaitu cerita rakyat ini mementingkan isi daripada bentuk kerana cerita yang disampaikan oleh penutur kepada khalayak penuh dengan unsur pengajaran. Selain cerita lipur lara, cerita teladan, cerita binatang, cerita jenaka, cerita mitos dan legenda, terdapat cerita hantu tergolong juga sebagai cerita rakyat. Walaupun dianggap cerita hantu tetapi isi cerita sarat dengan pengajaran. Oleh yang demikian, pengkaji berharap agar masyarakat sedar bahawa cerita rakyat masih relevan digunakan dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah. Selain itu, kajian ini memperkenalkan kepada masyarakat serta individu yang berminat mengkaji tentang kaum Bidayuh atau menjadikan kajian ini sebagai rujukan ilmiah. |
References |
Abdul Halim Ali. (2006). Ikhtisar Teori dan Kritikan Sastera Barat dan Malaysia. Tanjong Malim: Profesional Baharu.
Abdul Halim Bin Bandan. (1999). Cerita Rakyat Kaum Bajau Semporna, Sabah: Satu Analis Citra Masyarakat, UPM
Agatha Lynnea anak Lia. (2009). Konsep Didaktik Dalam Cerita Binatang Masyarakat Bidayuh di Sarawak. Kajian Ilmiah yang tidak diterbitkan. Tanjung Malim. UPSI.
Agnes Tugong. Jun 9, 2014, daripada http://www.theborneopost.com/2014/06/09/dbna- promosi-buku-daftar-kata-bidayuh/#ixzz3UhXtdF85
Ahmad Ebi, Lorenz Tambang Ngisong. (1982). Cerita-Cerita Rakyat Bidayuh. Sarawak: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bullock, A. (1976). A Language For Life. London: Her Majesty’s Stationary Office.
Chang, P.F. (2002). History of Bidayuh in Kuching Division, Sarawak. Kuching: Sarawak Press Sdn. Bhd.
Danandjaja, James. (1986). Folklor Indonesia. Jakarta: Grafiti Pers.
Ellen Ansie Nicholas Swithun Ansie. (1995). Nilai Moral dan Pemikiran Dalam Cerita- Cerita Kanak-Kanak Masyarakat Iban di Sarawak. Kajian Ilmiah yang tidak diterbitkan. Bangi Selangor, UKM.
Fatimah Md. Yassin. (2006). Cerita Rakyat Sebagai Alat Pendidikan Satu Analisis Yang Bercorak Etika. Bangi, Selangor: Institut Bahasa Kebudayaan dan Kesusasteraan, UKM.
Hamzah Hamdani. (2004). Pertumbuhan dan Perkembangan Sastera Melayu di Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah. (2003). Sastera Rakyat Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam: Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah, et al. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional. (Edisi Semakan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Heidi Munan. (2005). Stories From Sarawak: Bidayuh Stories. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ismail Hamid. (1986). Sastera Rakyat: Suatu Warisan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
James, D.M. (2003). Cohesireness towards a common goal – a knowledgeable and progressive community. Dalam James, D.M, Ahi, A.S. & Nicholas A. (eds.). Creating A New Bidayuh Identity. Sarawak: Dayak Bidayuh National Association.
Jamilah Abd Latip. (2012). Nilai-Nilai Murni Dalam Cerita Rakyat Sabah. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jamilah Haji Ahmad (peny.). (1989). Kumpulan Esei Sastera Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jiso Rutan. (2009). Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak: Kisah Si Sidur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jiso Rutan. (2007). Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak: Dayang Puteri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana. (2013). Koleksi Teori Sastera Klasik, Tradisional, Moden, Pascamoden dan Tempatan. Pustaka Karya. Univision Press Sdn. Bhd.
Mana Sikana. (1997). Teori dan Kritikan Sastera Moden. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
Mana Sikana. (1998). Teori dan Pendekatan Kritikan Sastera Moden. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Minos. (2000). The furture of the Dayak Bidayuhs in Malaysia. Kuching, Sarawak: Lynch Media and services.
Mohamad Saleeh Rahamad. (2011). Pendekatan Moral. Februari 12, 2011, daripada http://SALEEHBLOGSPOT.BLOGSPOT.COM/2011/12KULIAH-KRITIKAN.HTML
Mohd Rosli Saludin. (2007). Nilai-Nilai Islam Dalam Teromba. Penang: Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd.
Mohd. Taib Osman (peny.). (1991). Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.). (2008). Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nashmad Mohd (2011). Kepentingan Nilai dalam Pendidikan. November, 2011, daripada http://dwnbahasa.dbp.my/?p=388
N. Rajendran dan Ee Ah Meng. (1994). Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Norazam bin Ibun. (2008). Cerita Rakyat Temuan di Negeri Sembilan: Analisis Struktural. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya.
Nur Syazwani Binti Omar. (2010). Nilai-Nilai Moral Dalam Novel Merah Pitaya Merah Karya Talib Samat. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Othman Putih. (1996). Konsep Nilai Dalam Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Richard M. Dorson (peny.). (1973). Folklore and Folklife. London: The University of Chicago Press.
Ridu, J.R. (1994). Social & Cultural Change: Trends among the Dayaks in Sarawak. Sarawak Muzium Jurnal, 47:68,137-143.
Roger T. Bell. (2012). Terjemahan Produk dan Proses. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Robert Sulis Ridu. (2004). Rakud. Kuching Sarawak: Lee Miing Press Sdn. Bhd.
Robert Sulis Ridu. (2004). Antung dengan Awan. Kuching Sarawak: Lee Miing Press Sdn. Bhd.
Robert Sulis Ridu. (2004). Madu Sawan dengan Dara Buda. Kuching Sarawak: Lee Miing Press Sdn. Bhd.
Robert Sulis Ridu. (2004). Mambang Bunchu - Bangku Rasi. Kuching Sarawak: Lee Miing Press Sdn. Bhd.
Robert Sulis Ridu. (2004). Sibaok. Kuching Sarawak: Lee Miing Press Sdn. Bhd.
Rohaida Bt Abdul Rahim. (2003). Nilai Nilai Murni Dalam Prosa Melayu Tradisional Komsas Tingkatan Empat Teks Antologi Anak laut Dan Kaitannya Dengan Pembentukan Sahsiah Pelajar. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rozinah Binti Md. Dan. (2002). Nilai-Nilai Murni : Satu Kajian Berdasarkan Kepada Teks Novel Perlumbaan Kedua Karya Marwilis Haji Yusuf. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Safian Hussain et al. (1988). Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sinclair, John. (1987). Collin’s Cobuild English Language Dictionary. London: Collin’s Publisher.
Siti Aishah Mat Ali. (1974). Satu Kumpulan Cerita Rakyat dari Kampung Mentuan, Kelantan: Klasifikasi Motif dan Taip Cerita. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
Tun Hamdan Sheikh Tahir (peny.). (1988). Adat Resam Penduduk Sarawak. Kuching Sarawak: Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tun Hamdan Sheikh Tahir. (1997/1998). Bahan Transkripsi Sastera Rakyat Bidayuh (Bukar Sadong). Projek Pengumpulan/Penyelidikan Sastera Rakyat yang belum diterbitkan. DBP Cawangan Sarawak.
The Encyclopaedia Americana. (1972). International Edition. Vol. 28. USA: Americana Corporation.
Unit Perancang Negeri Sarawak. (2007). Sarawak facts and figures. Sarawak: Unit Perancang Negeri, Jabatan Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia. Kuching: Gov’t Printing Office.
Zaini Ozea. (2006). Analisis Cerita-Cerita Rakyat di Sarawak. Bang, Selangori: Institut Bahasa Kebudayaan dan Kesusasteraan, UKM.
Zalilah Sharif dan Jamilah Hj. Ahmad. (1993). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zalina Bt. Abd Rahman. (1990). Pelaksanaan Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam KBSM: Satu Tinjauan. Kajian Ilmiah Yang Belum Diterbitkan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Bidayuh
Responden
Johny anak Nuwek, 20.02.2014. Kampung Temong Mawang, 94760 Tebedu, Sarawak.
Japin anak Lagam, 14.05.2014. Kampung Temong Mura, 94760 Tebedu, Sarawak.
Nyawed anak Jatom, 6.09.2014. Kampung Temong Mura, 94760 Tebedu, Sarawak.
Rinyuk anak Bugis, 2.6.2014. Kampung Krusen Kranji, 94750 Jln. Serian-Mongkos, Sarawak.
Robert Sulis Ridu, 2.6. 2013. No. 50 Kampung Cemerlang, Kuching, Sarawak.
Simpu anak Silek, 23.12.2013. Kampung Temong Putah, 94760 Tebedu, Sarawak.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |