UPSI Digital Repository (UDRep)

Perbandingan kaedah koperatif model TGT dan STAD terhadap minat, motivasi, pencapaian dan KBAT mata pelajaran Sejarah

AVAILABLE Thesis 1766 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Perbandingan kaedah koperatif model TGT dan STAD terhadap minat, motivasi, pencapaian dan KBAT mata pelajaran Sejarah
Type
Thesis
Main Author
Ruzianah Misman
Subject
D History (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan membandingkan kaedah pembelajaran Koperatif model TGT (Teams Games Tournament) dan kaedah Pembelajaran Koperatif model STAD (Students Team Achievement) dalam Sejarah. Perbandingan yang dilakukan melibatkan minat, motivasi, pencapaian akademik dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan berkelompok melibatkan 70 orang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di daerah Segamat, Johor. Subjek kajian terdiri daripada 35 orang pelajar kumpulan TGT dan 35 orang pelajar kumpulan STAD. Dua instrumen yang digunakan adalah soal selidik minat dan motivasi serta ujian pencapaian bertajuk “Kerajaan Negeri-negeri Melayu”. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan ujian-t bebas. Hasil kajian menunjukkan bahawa skor min bagi minat, motivasi dan pencapaian Sejarah kumpulan TGT adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik berbanding dengan skor min yang diperoleh pelajar kumpulan STAD. Namun, analisis yang diperoleh untuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara kumpulan TGT dan kumpulan STAD. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif TGT lebih baik berbanding STAD dalam meningkatkan minat, motivasi, KBAT dan pencapaian pelajar. Implikasi kajian menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif TGT dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.