UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Nor Asiah Ismail
Title :Strategi metafora integrasi dalam pembentukan makna simpulan bahasa \"kepala\" berdasarkan Teori Blending
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2017
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini merupakan satu strategi baharu dalam pembentukan makna simpulan bahasa ‘kepala’ menggunakan mekanisme dan prinsip-prinsip metafora integrasi berdasarkan Teori Blending yang diasaskan oleh Fauconnier & Turner (2002). Objektif utama kajian adalah untuk menganalisis proses pemikiran kompleks masyarakat Melayu semasa menjana makna simpulan bahasa kepala angin dan kepala batu menggunakan empat langkah pengadunan integrasi di dalam empat ruang mental manusia. Reka bentuk kajian ialah kaedah kualitatif berlandaskan pendekatan korpus berkomputer dengan menggunakan pangkalan data berkomputer Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP) melalui himpunan data ‘kepala’ berjumlah 12,207 baris kata. Sebanyak 531 data simpulan bahasa kepala batu dan 217 data kepala angin dipilih sebagai data kajian berdasarkan kekerapan tertinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran Melayu sangat kompleks semasa membentuk simpulan bahasa kepala angin dan kepala batu sehingga menerbitkan makna BODOH dan DEGIL disebabkan daya pengamatan Melayu yang cukup tajam dengan alam sekitarannya. Elemen angin sebagai udara yang mengalami pelbagai bentuk perubahan gerakan dipetakan kepada perangai manusia yang BODOH, manakala unsur batu yang pejal dan sukar dipecahkan molekulnya, dipetakan kepada perangai manusia yang DEGIL. Dalam hal ini, metafora integrasi berjaya membongkar daya imaginasi Melayu yang tinggi terhadap konseptual KEPALA, ANGIN dan BATU menggunakan empat peringkat proses pengadunan integrasi, iaitu penyesuaian komposisi (composition), penyelesaian (completion), penghuraian (elaboration) dan penyatuan (compression) melalui empat ruang mental manusia, input 1 (input space 1), input 2 (input space 2), generik (generic space) dan integrasi (blended space). Kajian ini menambah baik kajian metafora terdahulu yang mendakwa pembentukan makna simpulan bahasa berlaku di antara dua ruang mental manusia.Oleh itu, kajian ini memberi implikasi ke arah memperluas kajian berkaitan metafora dalam bahasa Melayu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.