UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Penyelidikan ini dijalankan untuk membandingkan proses penggubalan dan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Anak Usia Dini atau ringkasnya PAUD di Indonesia dan Kurikulum PERMATA Negara di Malaysia. Tujuh soalan penyelidikan dikemukakan untuk menyiasat perbezaan dan persamaan dalam proses penggubalan dan pelaksanaan, falsafah dan teori-teori yang melandasi kurikulum, kandungan, pedagogi dan kaedah penilaian kanak-kanak, persediaan guru/pendidik, prasarana, sarana, dana, dan penglibatan ibubapa serta masyarakat dalam pelaksanaan kedua-dua kurikulum tersebut. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kualitatif. Data/maklumat diperolehi melalui kaedah analisis dokumen, kajian pustaka, temu bual dan pemerhatian. Kebolehpercayaan (trustworthiness) dapatan kajian dicapai melalui teknik triangulasi. Sebanyak 51 dokumendan 16 buah makalah dianalisis, 12 individu ditemubual dan 4 buah Taman Kanak-kanak/Pusat Anak PERMATA Negara diperhati. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan besar dari segi proses penggubalan dan pelaksanaan Kurikulum PAUD dan Kurikulum PERMATA Negara, namun dari segi falsafah, teori, kandungan, pedagogi dan kaedah penilaian kanakkanak didapati tidak jauh berbeza. Mengenai persediaan guru/pendidik,didapati Malaysia menyediakan program latihan yang lebih panjang dan komprehensif berbanding Indonesia. Dari segi prasarana dan sarana tidak banyak perbezaan, tetapi dari segi dana,didapati Kerajaan Malaysia memberi komitmen lebih tinggi berbanding Indonesia. Dari segi penglibatan ibubapa dan masyarakat, hanya perbezaan kecil diperhatikan. Berdasarkan amalan-amalan terbaik dari kedua-dua kurikulum ini, satu tanda aras telah dibangunkan sebagai panduan untuk melaksanakan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti dan lestari. Cadangan untuk lebih banyak kajian perbandingan antara negara juga diberikan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |