UPSI Digital Repository (UDRep)

Aspek Meyppatu dalam cerpen remaja Tamil Malaysia

AVAILABLE Thesis 869 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Aspek Meyppatu dalam cerpen remaja Tamil Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Puspavalli Sathival
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
tam
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti aspek Meypp?tu dalam cerpen remaja Tamil Malaysia dan meninjau ciri persamaan dan perbezaan antara situasi Meypp?tu seperti yang dikarang oleh Tolk?ppiyar. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kajian kepustakaan berdasarkan teori Meypp???iyal yang diutarakan oleh Tolk?ppiyar dalam bukunya Tholk?ppiyam. Tiga puluh buah cerpen remaja Tamil Malaysia yang diterbitkan antara tahun 2000 hingga 2014 telah digunakan sebagai sumber kajian. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa cerpen remaja Tamil Malaysia mempunyai lapan aspek Meypp?tu iaitu nakai, a?ukai, ilivaral, maru?kai, accam,bperumitam, veku?i dan maki?cci. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan situasi Meypp?tu dalam cerpen remaja Tamil Malaysia mempunyai persamaan dengan situasi Meypp?tu yang dinyatakan oleh Tolk?ppiyar. Dapatan kajian juga menunjukkan peredaran zaman menyebabkan beberapa situasi Meypp?tu yang diketengahkan oleh Tolk?ppiyar kurang relevan dan tidak sependapat dengan situasi cerpen remaja Tamil Malaysia. Kajian mendapati beberapa situasi Meypp?tu yang baharu dalam cerpen ini. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan aspek Meypp?tu dapat menampakkan naluri perasaan remaja dalam cerpen remaja Tamil Malaysia. Implikasi kajian ini menunjukkan aspek Meypp?tu dapat digunakan dalam kajian lanjutan dan membantu memahami psikologi remaja abad ke-21.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.