UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar

AVAILABLE Thesis 3498 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar
Type
Thesis
Main Author
Siti Sakinah Mohd Yusof
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman mengenai konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar. Satu kajian berbentuk kuasi-eksperimen telah dijalankan di sebuah kolej di Perak. Sampel kajian terdiri daripada 91 orang pelajar telah dipilih berdasarkan markah ujian-pra mereka. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan dengan menggunakan persampelan bertujuan, 53 pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 38 orang pelajar dalam kumpulan kawalan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar dalam kumpulan eksperimen telah dirawat dengan menggunakan alat bantu mengajar interaktif kontemporari manakala pelajar dalam kumpulan kawalan telah dirawat menggunakan alat bantu mengajar interaktif konvensional. Data telah dikumpulkan melalui ujian-pra dan ujian-pasca, dan ia dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan, analisis kovarians (ANCOVA) dan analisis tematik. Peningkatan yang signifikan dalam prestasi skor ujian dicatatkan sewaktu ujian-t berpasangan, min ujianpasca adalah lebih tinggi daripada min ujian-pra untuk kedua-dua kumpulan. Peningkatan ini adalah signifikan. Walau bagaimanapun, menurut keputusan ANCOVA, tidak ada perbezaan yang signifikan dalam prestasi skor ujian antara kumpulan eksperimen dan kawalan. Di samping itu, keputusan daripada analisis tematik menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar salah faham tentang logik pengaturcaraan dan sintaksis, dan dengan menggunakan alat bantuan mengajar interaktif, pemahaman pelajar telah bertambah baik. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar interaktif telah menyumbang kepada peningkatan kefahaman konsep pengaturcaraan, dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik pengaturcaraan. Penggabungan kepada alat bantu mengajar perlu digunakan dalam pengajaran pengaturcaraan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.