UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Siti Aishah Ab Jalil
Title :Kualiti perkhidmatan pendidikan politeknik di Perak
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji perbezaan tahap kualiti perkhidmatan pendidikan tinggi (KPPT) dan dimensi-dimensinya mengikut jenis politeknik dan, menentukan hubungan di antara dimensi-dimensi KPPT dengan tahap KPPT secara keseluruhannya. Kajian dijalankan di dua buah Politeknik di Perak, menggunakan pendekatan kuantitatif dan melibatkan sampel yang terdiri daripada 320 orang pelajar. Data yang dikumpul menggunakan borang soal selidik telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, iaitu ujian-t bebas dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang positif dan signifikan bagi tahap KPPT. Secara keseluruhannya di antara politeknik, tetapi tidak bagi dimensi-dimensi KPPT. Analisis korelasi pula menunjukkan bahawa tiga dimensi KPPT, iaitu pembelajaran dan pengajaran, perkhidmatan sokongan dan fasiliti dan perkhidmatan mempunyai hubungan yang signifikan dengan KPPT. Secara kesimpulannya, empat daripada tujuh hipotesis yang dibuat adalah disokong. Implikasi daripada kajian ini menekankan pentingnya bagi pihak politeknik untuk mempertingkatkan kualiti dalam tiga aspek, iaitu pembelajaran dan pengajaran, perkhidmatan sokongan dan, fasiliti dan perkhidmatan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan di politeknik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.