UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan pembelajaran Google Apps secara atas talian dalam kalangan pelajar ekonomi asas tingkatan empat

LIMITED Thesis 1204 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Kesan pembelajaran Google Apps secara atas talian dalam kalangan pelajar ekonomi asas tingkatan empat
Type
Thesis
Main Author
Nor Fadhilah Zainudin
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini mengkaji kesan pembelajaran secara atas talian menggunakan Google Apps terhadap pencapaian, minat dan motivasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan Empat. Reka bentuk eksperimen kuasi dipilih berdasarkan teknik pra ujian dan pasca ujian. Seramai 103 responden telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen (53 orang) dan kumpulan kawalan (50 orang). Pelajar dalam kumpulan eksperimen didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran Google Apps (KPGA) manakala pelajar kumpulan kawalan didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran Konvensional (KPK). Instrumen kajian ini terdiri daripada dua set soal selidik dan dua set soalan ujian iaitu pra ujian dan pasca ujian telah diedarkan kepada kedua-dua kumpulan. Kesan KPGA dan KPK ke atas pencapaian, minat dan motivasi pelajar dianalisis menggunakan ANCOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah KPGA adalah berkesan dalam meningkatkan pencapaian, minat dan motivasi pelajar berbanding dengan KPK dalam mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan Empat. Selain itu, terdapat korelasi yang kuat antara minat dan pencapaian pelajar yang didedahkan dengan KPGA untuk belajar. Kesimpulannya kaedah KPGA adalah sangat berkesan digunakan dalam kalangan pelajar Ekonomi Asas Tingkatan Empat kerana mampu meningkatkan pencapaian, minat dan motivasi mereka untuk belajar berbanding dengan KPK. Implikasinya, pembelajaran secara atas talian menggunakan Google Apps mampu meningkatkan prestasi, minat serta motivasi murid terhadap mata pelajaran Ekonomi Asas selain menyediakan kaedah penyampaian yang berbeza dalam pengajaran guru.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.