UPSI Digital Repository (UDRep)

Faktor demografi dan kekangan menggunakan bahan sumber kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru ekonomi

AVAILABLE Thesis 1100 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Faktor demografi dan kekangan menggunakan bahan sumber kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru ekonomi
Type
Thesis
Main Author
Nur Fitah Jaafar
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menentukan hubungan antara faktor demografi guru dengan kekangan menggunakan bahan sumber KBAT di sekolah. Reka bentuk kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik telah dipilih bagi menyempurnakan kajian ini. Teknik Total Population Sampling digunakan dalam proses pengumpulan data kajian. Seramai 31 orang guru yang mengajar mata pelajaran ekonomi daripada 16 buah sekolah menengah di seluruh Daerah Batang Padang, Perak telah terlibat secara langsung. Data yang diperoleh telah diproses dengan menggunakan Program SPSS Versi 23.0 yang melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan faktor jantina, pengkhususan dan tempoh perkhidmatan guru mempunyai perbezaan signifikan terhadap kekangan keupayaan guru. Berikutnya, hubungan positif yang signifikan pula ditunjukkan oleh faktor tempoh perkhidmatan dengan kekangan masa guru. Kesimpulannya, wujud hubungan antara faktor demografi dengan kekangan dari segi keupayaan guru dalam menggunakan bahan sumber KBAT di sekolah. Oleh yang demikian, KPM haruslah memberi perhatian khusus kepada isu ini agar keupayaan guru dapat dipertingkatkan pada masa hadapan. Implikasi kajian adalah, guru dapat menggunakan bahan sumber KBAT secara optimum ketika PdP sedang berlangsung apabila kekangan keupayaan diminimumkan. Selain itu, ia juga menjadi nilai tambah kepada pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan KBAT dan faktor demografi. Melalui KBAT, pulangan pendidikan yang setimpal juga akan dapat dinikmati dalam jangka masa panjang apabila kognitif rakyat meningkat.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.