UPSI Digital Repository (UDRep)

Pemikiran rasionalisme dalam kumpulan sajak moden Kaliaperumal

AVAILABLE Thesis 1639 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pemikiran rasionalisme dalam kumpulan sajak moden Kaliaperumal
Type
Thesis
Main Author
Sathiavani Maniam
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran rasionalisme, menganalisis kerelevenan pemikiran rasionalisme yang terdapat dalam sajak moden karya Kaliaperumal serta latar belakang dan kepengarangan Kaliaperumal. Kumpulan sajak moden Ponman:i Kan:aikal: dan Ponman:i Cinhthanaikal: dipilih sebagai bahan kajian. Walaupun terdapat sebanyak 203 buah sajak, hanya sejumlah 143 buah sajak dari kedua-dua kumpulan mencerminkam pemikiran rasionalisme. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif deskriptif. Kaedah ini memberi keterangan tentang sifat dan keadaaan manusia serta memperoleh maklumat berkualiti dengan memberikan tumpuan pada kedua-dua kumpulan sajak moden Kaliaperumal. Kajian ini menggunakan teori rasionalisme dengan menekankan faktor institusi sosial, ekonomi dan politik. Hasil kajian menunjukkan bahawa Kaliaperumal merupakan seorang pengarang prolifik yang berani membincangkan tentang kehidupan masyarakat Tamil di Malaysia. Gambaran kehidupan masyarakat Tamil yang masih memberi keutamaan kepada sikap mementingkan diri sendiri telah didedahkan. Secara keseluruhannya penyajak Kaliaperumal berjaya mencerminkan pemikiran rasionalisme menerusi sajak-sajak beliau dengan mengaitkan kehidupan sebenar masyarakat Tamil di negara ini. Kajian ini menegaskan bahawa masyarakat Tamil boleh berjaya jika amalan kesedaran dan keinsafan dipraktikkan dalam kehidupan mereka.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.