UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Raymond Raimi, Rowdella
Title :Tema dan fungsi peribahasa masyarakat Kadazandusun (IR)
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2017
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Masyarakat Kadazandusun sangat kaya dengan unsur dan nilai sastera yang mencakupi puisi, prosa tradisional, adat resam, kebudayaan dan banyak lagi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis tema dan fungsi peribahasa masyarakat Kadazandusun sebagai lambang cerminan budayanya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan mengaplikasikan Teori Budaya dan gagasan Za’ba. Penyelidikan ini menjelaskan secara terperinci jenis-jenis peribahasa, tema dan fungsi peribahasa serta menghuraikan hubungan peribahasa dengan budaya. Justeru, usaha penyelidikan peribahasa sebagai sebahagian khazanah budaya masyarakat Kadazandusun dapat membentuk jati diri mahupun didikan sebagai moraliti masyarakat. Peribahasa turut mengajar nilai hidup bermasyarakat dan membentuk masyarakat yang beradab sopan serta sebagai alat didaktik untuk memperluas pengetahuan bahasa. Oleh itu, hasil daripada kajian ini mendapati bahawa peribahasa dapat dibahagi kepada empat jenis iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan yang dibuktikan melalui seni percakapan dan golongannya dalam bahasa kiasan. Di samping itu, tema dan fungsi dapat menjelaskan secara terperinci keunikan peribahasa yakni mengelompokkan peribahasa semula dan mengaitkan maklumat tersirat dan tersurat. Tema dan fungsi ini selaras dan berkait rapat dengan budaya masyarakat Kadazandusun yang ditonjolkan dari segi ekonomi, adat resam, perkahwinan dan sosial masyarakat Kadazandusun. Menyedari hakikat peribahasa yang kian dilupakan oleh masyarakat Kadazandusun khususnya, maka pendapat para tokoh berkaitan dengan peribahasa dan pembudayaan akan membuktikan kepentingan peribahasa yang mampu membuka minda masyarakat serta mengingatkan semula peribahasa sebagai lambang kebanggaan bahasa dan bangsa. Implikasinya, kajian ini dapat dikongsikan bersama seluruh masyarakat tentang pentingnya peribahasa kepada generasi muda dalam masyarakat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)