UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Norsyaidah Seliaman
Title :Kajian kes tentang pengajaran Matematik sekolah rendah menggunakan pendekatan kontekstual
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2017
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan bagi mendalami dan meneroka pengajaran matematik sekolah rendah menggunakan pendekatan kontekstual berdasarkan lapan komponen teori Johnson. Terdapat tiga objektif kajian iaitu pemahaman guru matematik mengenai pendekatan kontekstual, pelaksanaan pengajaran kontekstual yang digunakan oleh guru matematik dan halangan yang dihadapi oleh guru matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pendekatan kualitatif secara kajian kes dengan menggunakan penelitian secara naturalistik. Persampelan adalah purposif. Kajian ini melibatkan 4 orang guru matematik daripada dua buah sekolah rendah daripada populasi 107 buah sekolah dalam Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kajian ini melibatkan empat kaedah pengumpulan data iaitu temu bual pra dan pasca pengajaran, pemerhatian, nota lapangan (senarai semak) dan pengumpulan dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua peserta kajian menghadapi kesukaran dan kurang pasti dalam menjelaskan makna pendekatan kontekstual, namun peserta kajian lebih berkeyakinan setelah menerima penerangan secara umum daripada penyelidik serta sebahagian besar peserta kajian berupaya melaksanakannya dalam proses PdP. Dapatan kajian juga menunjukkan peserta kedua dan ketiga berupaya melaksanakan pendekatan kontekstual dalam kedua-dua sesi, peserta keempat berupaya melaksanakannya pada sesi kedua berbanding sesi pertama, manakala peserta pertama tidak berupaya laksanakannya pada kedua-dua sesi pemerhatian pengajaran. Kesimpulan daripada kajian, penggunaan pendekatan kontekstual dalam pengajaran matematik sekolah rendah bergantung pada kefahaman dan pengetahuan guru tentang strategi pengajaran kontekstual secara mendalam dan berkesan. Implikasi kajian menunjukkan, pengajaran secara kontekstual menjadikan PdP guru bersama murid lebih bermakna dan efektif dengan mengaitkan Matematik dengan situasi sebenar dan kehidupan seharian.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.