UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :TN Mining engineering. Metallurgy
Main Author :Nor Hisham Zulkiflee
Title :Bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak 1874-1940 (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menfokuskan perkembangan bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak dalam tempoh tahun 1874 sehinggalah tahun 1940. Adalah dianggarkan lebih kurang tiga puluh buah bandar dan pekan kecil di seluruh negeri Perak. Kajian ini dilaksana dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang menekankan penggunaan sumber primer seperti rekod-rekod kolonial British yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Laporan Tahunan, Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Daerah,surat-surat Residen British dan Perak Government Gazzete.Kesemua dokumen ini dianalisis dan dibuat penilaian serta tafsiran secara hermeneutic bagi mengelakkan sebarang bias. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kemunculan bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak didapati bukan sahaja berpunca daripada kesan perlombongan bijih timah tetapi perkembangan tersebut turut dipengaruhi oleh pentadbiran kolonial British, impak Revolusi Perindustrian, peranan pegawai British dan pemimpin setempat, kewujudan sistem perhubungan moden dan pertanian komersil. Perkembangan bandar dan pekan bijih timah ini berterusan sehinggalah ia menjadi semakin kurang berfungsi akibat pengaruh persekitaran ekonomi pada masa penjajahan kolonial British yang mengalami kemerosotan. Walau bagaimanapun, bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak dianggap sebagai mercu tanda perbandaran pertama yang terancang di Tanah Melayu serta mampu diangkat menjadi warisan negara.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)