UPSI Digital Repository (UDRep)

Pemahaman konsep bentuk, dimensi dan ruang dalam kalangan kanak-kanak prasekolah melalui lukisan

AVAILABLE Thesis 1274 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pemahaman konsep bentuk, dimensi dan ruang dalam kalangan kanak-kanak prasekolah melalui lukisan
Type
Thesis
Main Author
Majita Ahmad Sultan
Subject
TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pemahaman kanak-kanak prasekolah mengenai konsep bentuk dimensi dan ruang, iaitu bentuk dimensi melalui pandangan sistem paksi dan sistem unjuran, serta kedudukan objek dalam ruang melalui lukisan yang mereka lukis. Reka bentuk kajian ini mengguna pakai kaedah penyelidikan deskriptif jenis kajian tinjauan dengan menggunakan tugasan melukis ke atas sampel seramai 50 orang kanak-kanak prasekolah yang berumur antara 5 hingga 6 tahun di sekitar Bestari Jaya, Selangor. Penilaian tugasan melukis dibuat berdasarkan Georgia Standards of Excellence Frameworks 2013-2014. Kesemua lukisan kanak-kanak dinilai untuk menentukan tahap pemahaman mereka. Hasil dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak prasekolah berada pada pemahaman paksi ortogon untuk pemahaman bentuk dimensi pandangan sistem paksi, pemahaman ortografik untuk bentuk dimensi pandangan sistem unjuran, dan pemahaman konsep ruang berada pada standard sederhana. Kajian ini memberi implikasi kepada silibus dan modul komponen awal matematik dan kaedah pembelajaran dan pengajaran pendidikan awal matematik prasekolah. Hasil kajian ini menunjukkan, dengan kaedah melukis dan penggunaan rubrik, pemahaman bentuk dimensi dan ruang kanak-kanak dapat dinilai. Kesimpulan kajian mendapati kanak-kanak dalam usia 5 hingga 6 tahun masih berada pada peringkat tahap awal iaitu peringkat mengenal dan menamakan bentuk, manakala bagi pemahaman ruang, mereka berada pada tahap awal pemahaman peringkat synthetic incapacity dalam teori pemahaman ruang Piaget.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.