UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :T Technology (General)
Main Author :Ruzaini Hisyam Daud
Title :Pembangunan dan penilaian modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia subjek reka bentuk dan teknologi sekolah rendah (IR)
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun Lima. Modul tersebut dibangunkan berpandukan model ADDIE iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Model ini merangkumi lapan peringkat iaitu pemilihan tajuk, penyediaan alatan untuk dirakam, pengujian alatan, rakaman video, penyuntingan video, pembangunan modul, pengujian dan penambahbaikkan modul serta penilaian rintis modul. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen kuasi telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan kluster melibatkan 50 orang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Bidor 2. Subjek kajian terdiri daripada 25 orang pelajar kumpulan eksperimen dan 25 orang pelajar kumpulan kawalan. Tiga instrumen kajian digunakan iaitu set soalan ujian pra dan ujian pos serta borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan persepsi murid terhadap modul yang dibangunkan, manakala statistik inferensi pula melibatkan ujian-t yang menerangkan perbezaan antara pemboleh ubah kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid kumpulan eksperimen mengalami peningkatan yang signifikan berbanding pencapaian murid kumpulan kawalan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid lelaki dan perempuan kumpulan eksperimen. Hasil dari analisis soal selidik pula mendapati hampir semua murid yang diajar dengan menggunakan modul yang dibangunkan mempunyai persepsi yang positif terhadap modul tersebut dari aspek elemen multimedia (88.8%), motivasi (95.2%) dan kefahaman (83.2%). Kesimpulan daripada kajian menunjukkan penggunaan modul pengajaran berasaskan multimedia yang dibangunkan telah meningkatkan pencapaian murid untuk subjek RBT Tahun Lima. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan modul pengajaran berasaskan multimedia dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran subjek RBT.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)