UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF Commerce
Main Author :Ruziah Ali
Title :Hubungan dasar dan amalan penerbitan serta e-Pemasaran terhadap prestasi pekerja dan keuntungan organisasi bagi penerbitan ilmiah di universiti awam
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2017
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan dasar dan amalan penerbitan serta e- Pemasaran terhadap prestasi pekerja dan keuntungan organisasi bagi penerbitan ilmiah di Universiti Awam. Reka bentuk kajian menggunakan dua fasa kajian, iaitu fasa pertama menggunakan kaedah kuantitatif bagi menjawab Persoalan Kajian 1 hingga 3. Manakala, fasa kedua pula menggunakan kaedah kualitatif bagi Persoalan Kajian 4. Pengkaji menggunakan rekabentuk kajian penjelasan turutan yang melibatkan pengumpulan data kuantitatif sebagai kaedah utama dan disokong oleh pengumpulan data kualitatif sebagai data tambahan. Pengumpulan data kuantitatif mengunakan soal selidik melibatkan 142 orang responden dan pengumpulan kualitatif melalui temubual melibatkan 8 orang responden dari 15 buah universiti awam terpilih di Malaysia. Data kuantitatif dianalisa menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan empat kaedah statistik: analisis faktor, analisis deskriptif, ujian kolerasi pearson dan analisis regressi berganda. Data kualitatif dari temubual pula dianalisa menggunakan kaedah kategori yang dihasilkan daripada analisis data kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa dasar dan amalan serta e-Pemasaran merupakan penyumbang terbesar bagi prestasi penerbitan ilmiah di Universiti Awam. Kajian tentang hubungan dasar dan amalan serta e-Pemasaran terhadap prestasi pekerja dan keuntungan organisasi Penerbit Universiti penting dijalankan supaya kesedaran pekerja dan pengurusan universiti tentang peranan dasar dan amalan serta e-Pemasaran dapat ditingkatkan. Dasar dan amalan penerbitan sedia ada yang digariskan oleh semua penerbit universiti perlu menitikberatkan semua aspek penerbitan, pemasaran dan penjualan sama ada secara konvensional, atas talian ataupun yang melibatkan aplikasi e-Pemasaran. Pengisian dasar perlu merangkumi dasar dan amalan polisi pekerja dan pengguna akhir yang melibatkan pelanggan
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.