UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
ISSN :2289-3032
Main Author :Ayob Adenan,
Title :Kesan pembelajaran menerusi penggunaan bahan bacaan interaktif berasaskan laman web terhadap kefahaman membaca kanak-kanak
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Perkembangan bidang teknologi dalam sistem pendidikan Bahasa Melayu pada alaf ini sedang mengalami transformasi yang amat pesat. Transformasi dalam bidang ini, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat dilihat menerusi kewujudan dan penggunaan bahan yang interaktif dengan berasaskan laman web. Dalam mentransformasikan perkembangan tersebut, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kefahaman membaca kanak-kanak dengan menggunakan bahan bacaan interaktif. Dua kumpulan kajian dikenal pasti dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang kanak-kanak lapan tahun, masing-masing 30 orang di Perak dan Selangor. Bagi setiap negeri, satu kumpulan telah didedahkan dengan penggunaan bahan bacaan berasaskan laman web. Satu kumpulan yang lain pula telah didedahkan dengan penggunaan bahan konvensional. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data deskriptif ialah min dan sisihan piawai. Data inferensi pula dianalisis dengan menggunakan statistik ANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan bahan bacaan interaktif berasaskan laman web dengan penggunaan bahan konvensional apabila ujian pra dikawal secara statistik atau dikovariatkan. Dari segi penggunaannya, bahan bacaan berasaskan laman web mampu menjana murid lebih kreatif dan kritis untuk memahami bacaan. Justeru, dicadangkan supaya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pusat PERMATA Negara melaksanakan penggunaan bahan berkenaan secara giat dalam usaha meningkatkan kefahaman membaca kanak-kanak.

References
1. Adenan Ayob et al. (2012). Using Multimedia for Teaching Malay Language. Tanjung Malim, Perak: Emeritus Publications. 2. Chang, S. (2011). Concept mapping to improve learning. English Language Teaching, 4 (2) 24-250. 3. Clark, R. C., & Mayer, R. E. (2012). E-Learning And The Science Of Instruction: Proven Guidelines For Consumers And Designers Of Multimedia Learning. John Wiley & Sons. 4. Dzulkifli, M. A., & Mustafar, M. F. (2013). The influence of color on memory performance: A review. The Malaysian Journal of Medical Sciences: MJMS, 20(2), 3. 5. Eitel, A., & Scheiter, K. (2014). Picture or Text First? Explaining Sequence Effects when Learning with Pictures and Text. Educational Psychology Review, 1-28. 6. Fisher, K. (2014). SemNet Software as an Assessment Tool. Academic Press, Burlington. 7. Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (2009). How to design and evaluate research in education (7th ed). New York. McGraw-hill. 8. Hashemain, M., Jam, B., & Narki, S. (2014). Improving comprehension of Iranian high school students via graphic organizers. International Journal of Educational Investigation, 1 (1), 93-110. 9. Heidarifard, M. (2014). The effect of graphic organizers on L2 learners' reading comprehension. Journal of American Science, 10 (3), 62-71. 10. James H. McMillan. (2010). Understanding and Evaluating Educational Research, 4th Edition. Virginia Commonwealth University 11. Kalhor, M. & Shakibaei, G. (2012). Teaching reading comprehension. Life Science Journal, 9(4), 725-731. 12. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. 13. Nickolarazi, M., & Vekiri. (2012). The design of software to enhance the reading comprehension of deaf children: An integration of multiple theoretical perspectives. Education and Information Technologies, 17 (2), 167-185. DOI: 10.1007/s106-011-9152-1. 14. Phantharakphong, P., & Pothitha, S. (2013). Development of reading comprehension by using concept maps. Social and Behavioral Sciences, 116 (5), 497-501. 15. Rose, E. (2011). The phenomenology of on-screen reading: University students’ lived experience of digitized text. British Journal of Educational Technology, 42(3), 515-526. 16. Saeedi, A., Saif, A., Asadzadah, H., & Qavam, S. (2013). Comparing effectiveness of methods of presentation and providing concept maps on reading comprehension. European Journal of Experimental Biology, 3 (2), 545-50. 17. Singh, S., & Mishra, S. A. (2013). Study About Role of Multimedia in Early Childhood Education. International Journal of Humanities and Ssocial Science Invention, 2 (6), 80-85. 18. Singh, S., & Mishra, S. (2016). Positive influence of the Multimedia in Primary Education. The International Journal of Indian Psychology 2016, 3(2), 179-183. 19. Suleimani, H., & Nahizadah, F. (2012). The effect of learners constructed, fill in the map concept map technique, and summarizing strategy on Iranian pre-university students reading comprehension. English Language Teaching Journal, 5, 78-87. 20. Wu, P., Hwang G., Millard, M. Ke, H. & Huang, Y. (2012). An innovative concept map approach for improving students' learning performance with an instant feedback mechanism. British Journal of Educational Technology, 43(2), 217-232. 21. Yahya Othman. (2004). Mengajar Membaca: Teori dan Aplikasi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.