UPSI Digital Repository (UDRep)

Profil penaakulan pelajar berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding dalam pendidikan jasmani

AVAILABLE Thesis 2683 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Profil penaakulan pelajar berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding dalam pendidikan jasmani
Type
Thesis
Main Author
Abdul Razak Noruzzaman
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Profil Penaakulan Pelajar (PPP) berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding dalam Pendidikan Jasmani. Profil Penaakulan Pelajar berdasarkan permainan kategori jaring dan dinding ditentukan keberkesanannya melalui keputusan Ujian Penilaian Kemahiran Menaakul (UPKM) dan Games Performance Assessment Instrument (GPAI). Reka bentuk kajian kuasieksperimen dijalankan di empat buah sekolah menengah dalam daerah Hilir Perak, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 280 orang pelajar Tingkatan 2 dan empat orang guru Pendidikan Jasmani. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis inferensi pula menggunakan ANCOVA dan regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian PPP melalui UPKM dan GPAI antara pelajar kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Keputusan regresi berganda menunjukkan hubungan yang signifikan antara pencapaian PPP melalui UPKM dan GPAI terhadap pelajar kumpulan rawatan. Analisis data kualitatif melalui temu bual pula menunjukkan tahap persetujuan guru yang sangat tinggi terhadap penggunaan PPP. Kesimpulan kajian menunjukkan penggunaan instrumen PPP dapat mempertingkatkan tahap penaakulan pelajar secara holistik dan komprehensif. Implikasi kajian mencadangkan PPP sebagai instrumen alternatif untuk menentukan aras domain pembelajaran berteraskan penaakulan ke arah pencapaian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.