UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
ISSN :2289-3032
Main Author :Wan Kit Yee, Syed Akhbar Sharifah Hanim,
Title :Think-Group-Share meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid prasekolah
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Kemahiran berkongsi merupakan aspek penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kaedah yang sesuai dengan keperluan murid prasekolah akan memudahkan proses pembelajaran. Oleh itu, kajian tindakan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah Think-Group-Share dalam meningkatkan kemahiran berkongsi yang terkandung dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Terdapat empat peserta kajian yang berumur enam tahun dalam kajian ini. Think-Group-Share adalah kaedah yang telah diubahsuai oleh pengkaji berdasarkan model pembelajaran koperatif oleh Spencer Kagan (Cooperative Learning). Kaedah ini menekankan proses berfikir (Think), berkumpulan (Group) dan berkongsi (Share). Kemahiran yang diberi perhatian merangkumi berkongsi dan nilai-nilai murni. Intervensi berlangsung selama empat minggu, iaitu lima hari seminggu. Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan analisis ujian menunjukkan peningkatan mendadak melebihi sebanyak 50 kali untuk empat peserta kajian. Hasil dapatan menunjukkan kaedah ini membolehkan peserta kajian menguasai kemahiran berkongsi dan nilai-nilai semasa menjalankan aktiviti. Dengan ini, peserta kajian dapat berkongsi dan memupuk nilai murni dalam aktiviti yang dirancangkan. Memandangkan keberkesanan kaedah ini, kajian lanjut boleh memfokuskan setiap tunjang dengan lebih spesifik serta melihat kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

References
1. Australian Goverrnment Department of Social Services. (2006-2016). Raising children network (Australia). Diperoleh Ogos 2, 2016 dari http://m.raisingchildren.net.au/ 2. Bagnato, S. J. (2007). Authentic assessment for early childhood intervention best practices. New York: The Guilford Press. 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Dokumen standard kurikulum prasekolah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. 4. Boyd, J. et al. (2005). dalam NIEER. Promoting children’s social and emotional development through preschool education. Diperoleh Ogos 5, 2016 dari http://nieer.org/resources/policyreports/report7.pdf 5. Brogle, B., Jiron, A., dan Giacomini, J. (2013). How to help your child learn to share. Diperolehi September 24, 2016 dari http://challengingbehavior.fmhi.usf.edu/do/resources/documents/bkpk_share.pdf 6. Hirsh-Pasek, K., et al. (2009). A mandate for playful learning in preschool: presenting the evidence. New York: Oxford University Press. 7. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dokumen standard kurikulum prasekolah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Lyons, S. (2016). Benefits of cooperative games. Diperoleh Julai 27, 2016 dari http://cooperativegames.com/benefits-of-cooperative-games/ 9. Michaelene, M. O. dan Hedda, M. (2010). Young children: Helping children play and learn together. Diperoleh Julai 29, 2016 dari https://www.naeyc.org/files/yc/file/201001/OstroskyWeb0110.pdf 10. Oxford Dictionaries. (2016). Oxford University Press. Diperoleh Ogos 2, 2016 dari http://www.oxforddictionaries.com/ms/ 11. Pellegrini, A. D. (2009). The role of play in human development. New York: Oxford University Press. 12. Provenzo, E. F. (2009). Friedrich Froebel’s gifts: Connecting the spiritual and aesthetic to the Real World of Play and Learning. American Journal of Play. 85-9. 13. Ramani, G. B., dan Brownell, C. A. (2013). Preschoolers’ cooperative problem solving: Integrating play and problem solving. Journal of Early Childhood Research. 12(1) 92–108 14. Short-Meyerson KJ (2010) Preschoolers’ establishment of mutual knowledge during scripted interactions. 30: 219–236. 15. Wexner Medical Center. (2012). Helpful Hints for Sharing Among Children. Diperoleh Ogos 5, 2016 dari https://patienteducation.osumc.edu/Documents/sharing.pdf 16. Yunus Abidin. (2010). Strategi membaca teori dan pembelajarannya. Bandung: Risqi Press.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.