UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Zuhaili Mohd Arshad
Title :Hubungan antara beban tugas dengan efikasi diri dan kepuasan kerja pensyarah di Kolej Vokasional
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara beban tugas, efikasi diri dan kepuasan kerja pensyarah kolej vokasional. Kajian ini menggunakan rekabentuk korelasi. Instrumen yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi 60 item berskala Likert dan enam item terbuka. Sebanyak 373 orang pensyarah vokasional daripada 11 buah kolej vokasional telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata mengikut zon. Sebanyak 20 hipotesis nol telah diuji pada aras signifikan 0.05 menggunakan ujian-t, ujian ANOVA sehala, ujian korelasi Pearson dan ujian regresi linear berganda. Dapatan kajian mendapati beban tugas pensyarah kolej vokasional berada pada tahap yang tinggi, efikasi diri juga berada pada tahap yang tinggi namun kepuasan kerja pensyarah pada tahap yang sederhana. Berdasarkan analisis korelasi, didapati beban tugas mempunyai hubungan yang signifikan tetapi negatif dengan efikasi diri (r = -0.196) dan kepuasan kerja (r = -0.358). Walaubagaimana pun, efikasi diri didapati mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kepuasan kerja (r = 0.395). Analisis regresi mendapati dua domain beban tugas dan dua domain efikasi diri mempengaruhi kepuasan kerja pensyarah. Sementara itu, satu domain beban tugas dan tiga domain kepuasan kerja didapati mempengaruhi efikasi diri pensyarah. Dapatan item terbuka mendapati faktor utama dalam peningkatan beban tugas pensyarah adalah tugas pengkeranian yang banyak dan kurangnya sumber kurikulum. Faktor utama yang mempengaruhi efikasi diri responden adalah mereka kurang jelas dengan kurikulum kolej vokasional yang baharu. Selain itu, faktor yang menyebabkan kepuasan kerja yang rendah adalah waktu kerja pensyarah kolej vokasional yang lebih panjang berbanding guru sekolah harian. Implikasi utama kajian adalah beban tugas pensyarah perlu dikurangkan bagi meningkatkan efikasi diri dan kepuasan kerja pensyarah kolej vokasional.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.