UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis pencapaian dan tahap motivasi pelajar menggunakan koswer Friend Rescue Game bagi tajuk asid dan bes

AVAILABLE Thesis 2277 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis pencapaian dan tahap motivasi pelajar menggunakan koswer Friend Rescue Game bagi tajuk asid dan bes
Type
Thesis
Main Author
Mimi Marzziana Hamzah
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan membangun dan menilai koswer pembelajaran berasaskan permainan komputer iaitu Friend Rescue Game (FRG) bagi tajuk Asid dan Bes. Kaedah pembangunan koswer yang digunakan dalam kajian ini meliputi lima peringkat berdasarkan model ADDIE. Koswer FRG ini dibangunkan dengan menggunakan perisian RPG Maker Ace VX. Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini melibatkan 50 orang responden dari aliran sains tulen iaitu 25 orang untuk kumpulan kawalan dan 25 orang kumpulan eksperimen. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan rawak mudah. Instrumen kajian ini adalah berbentuk ujian pra dan ujian pos untuk menguji pencapaian pelajar manakala soal selidik IMMS bertujuan untuk menguji tahap motivasi pelajar. Data dianalisis dengan menggunakan ujian-t dan ujian ANCOVA untuk menentukan pencapaian pelajar manakala ujian Mann-Whitney U digunakan untuk menentukan tahap motivasi intrinsik pelajar. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan pencapaian pada kedua-dua kumpulan kawalan dan eksperimen. Kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap motivasi intrinsik pelajar kumpulan kawalan dan eksperimen. Hasil analisis ujian Mann-Whitney U menunjukkan min pangkatan kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan penggunaan permainan FRG telah meningkatkan pencapaian dan tahap motivasi intrinsik pelajar. Implikasi kajian menunjukkan permainan FRG telah berjaya memberikan impak yang positif terhadap motivasi intrinsik pelajar seterusnya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Asid dan Bes.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.