UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Lim, Siew Hui
Title :Hubungan kepimpinan instruksional, budaya organisasi dan organisasi pembelajaran di sekolah berprestasi tinggi di Malaysia
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2017
Notes :Doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepimpinan instruksional (KI), budaya organisasi (BO) dan organisasi pembelajaran (OP) di sekolah rendah berprestasi tinggi (SBT) di zon utara Semenanjung Malaysia untuk menangani isu kegagalan sekolah berfungsi sebagai sekolah cemerlang. Perbandingan antara Sekolah Kebangsaan Berprestasi Tinggi (SKBT) dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Berprestasi Tinggi (SJKCBT) terhadap KI guru besar, BO, dan ciri-ciri OP turut dikaji. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada instrumen-instrumen Principal Instructional Management Rating Scale, Organizational Culture Index, dan Middle School Teacher Survey. Seramai 286 orang guru telah dipilih secara rawak berstrata daripada 14 buah SBT dari empat buah negeri di zon utara Semenanjung Malaysia (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis). Data dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif (peratus, min, sisihan piawai), statistik inferensi (Ujian-t, dan regresi berbilang) dan Model Persamaan Berstruktur. Hasil kajian menunjukkan KI, BO dan OP di SBT yang dikaji berada pada tahap tinggi. Kajian ini juga menemui terdapat perbezaan yang signifikan antara KI dan BO di SKBT dan SJKCBT. Namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru di SKBT dan SJKCBT terhadap amalan OP. Hasil kajian juga menunjukkan KI mempunyai hubungan yang signifikan dengan BO dan OP. Selain itu BO juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan OP, malah menjadi pengantara separa terhadap hubungan antara KI dan OP. Hasil kajian juga menjelaskan kesepadanan model kajian yang dicadangkan dengan sampel yang dipilih adalah signifikan. Justeru, penemuan kajian ini harap dapat memberi manfaat kepada para pengamal pendidikan dalam merancang, mereka, melaksanakan dan menilai program latihan seperti program pembangunan profesional untuk meningkatkan kecemerlangan kepimpinan pemimpin di Malaysia. Implikasi kajian yang selanjutnya juga telah dibincang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.