UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Journal of Sports Science and Physical Education 6(1): 21-35, 2017 - Sukan memberi impak yang positif dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Terdapat bukti yang mengesahkan bahawa kekuatan mental boleh memberi kesan kepada prestasi dalam bidang seperti pendidikan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan kekuatan mental dan prestasi akademik atlet bola sepak di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mental Toughness Questionnaire 48 (MTQ48) diguna pakai untuk mengukur 4 konstruk kajian kekuatan mental yang dibangunkan oleh Clough et al. (2002) iaitu keyakinan diri (confidence), komitmen (commitment), cabaran (challenge) dan kawalan diri (self-control). Sampel kajian ini adalah seramai 40 orang atlet bola sepak UKM. Hasil kajian mendapati nilai min yang tertinggi bagi faktor kekuatan mental adalah keyakinan (M = 4.28) diikuti oleh cabaran (M = 4.26). Namun begitu, kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan atlet bola sepak UKM bagi keempat-empat faktor kekuatan mental iaitu komitmen, kawalan diri, cabaran dan keyakinan berdasarkan pengalaman mereka dalam sukan yang diceburi. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati faktor kekuatan mental mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pencapaian akademik atlet bola sepak UKM. Dapatan kajian ini mendapati konstruk keyakinan diri (13.4%) merupakan faktor kekuatan mental utama yang paling menyumbang kepada pencapaian akademik atlet bola sepak UKM. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak universiti, jurulatih, ahli psikologi dan atlet-atlet yang mewakili universiti untuk memahami kepentingan aspek psikologi bagi mencapai kejayaan mereka sama ada dalam bidang sukan mahupun akademik. Atlet yang mempunyai kekuatan mental yang tinggi akan mempengaruhi prestasi akademik yang cemerlang. Pengkaji mencadangkan agar kajian akan datang dapat mengkaji atlet-atlet dari sukan yang berbeza dengan sampel kajian yang lebih besar. |
References |
1. Ahmad, J. (2002), Pemupukan Budaya Menyelidik Di Kalangan Guru Di Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Aziz, S. A. (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Utusan Publications.
3. Bompa, T. O., & Haff, G. G. (2009). Periodization: Theory and methodology of training. Human Kinetics Publishers.
4. Clough, P., Earle, K., & Sewell, D. (2002). Mental toughness: The concept and its measurement. Solutions in Sport Psychology, 32-43.
5. Coulter, T. J., Mallett, C. J., & Gucciardi, D. F. (2010). Understanding mental toughness in Australian soccer: Perceptions of players, parents, and coaches. Journal of Sports Sciences, 28(7), 699-716.
6. Crust, L. (2008). A review and conceptual re-examination of mental toughness: Implications for future researchers. Personality and Individual Differences, 45(7), 576-583.
7. Crust, L., & Azadi, K. (2010). Mental toughness and athletes' use of psychological strategies. European Journal of Sport Science, 10(1), 43-51.
8. Fox, C. K., Barr‐Anderson, D., Neumark‐Sztainer, D., & Wall, M. (2010). Physical activity and sports team participation: Associations with academic outcomes in middle school and high school students. Journal of School Health, 80(1), 31-37.
9. Gayles, J. G. (2009). The student athlete experience. New Directions for Institutional Research, 144, 33-41.
10. Ghafar, M. N. A. (1999). Penyelidikan Pendidikan, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
11. Gucciardi, D. F., Gordon, S., & Dimmock, J. A. (2008). Towards an understanding of mental toughness in Australian football. Journal of Applied Sport Psychology, 20(3), 261-281.
12. Hair, J. F., Anderson, R. E., Babin, B. J., & Black, W. C. (2010). Multivariate data analysis: A global perspective (Vol. 7). Upper Saddle River, NJ: Pearson.
13. Institut Sukan Negara Malaysia. (2015). Apa Itu ‘Psikologi’ Sukan. Diakses daripada http://isn.gov.my/
14. Krane, V., & Williams, J. M. 2006. Psychological characteristics of peak performance. In J. M. Williams. Applied sport psychology: Personal growth to peak performance, 207-227. New York: McGraw-Hill.
15. Moran, A. (2004). Sport and exercise psychology: A critical introduction. Routledge.
16. Orlick, T. (2000). In pursuit of excellence: how to win in sports and life through mental training. Champaign, IL, Human Kinetics.
17. Orlick, T. (2015). In pursuit of excellence. Human Kinetics.
18. Pallant, J. (2013). SPSS survival manual. McGraw-Hill Education (UK).
19. Pascarella, E. T., & Terenzini, P. T. (2005). How college affects students: A third decade of research (Vol. 2).
20. Reilly, T., Williams, A. M., Nevill, A., & Franks, A. (2000). A multidisciplinary approach to talent identification in soccer. Journal of Sports Sciences, 18(9), 695-702.
21. Sheard, M., & Golby, J. (2006). Effect of a psychological skills training program on swimming performance and positive psychological development. International Journal of Sport and Exercise Psychology, 4(2), 149-169.
22. Tabchnick, B. G., & Fidell, L. S. (2006). Using multivariate statistics. Boston: Allyin & Bacon.
23. Weinberg, R. S., & Gould, D. (2014). Foundations of Sport and Exercise Psychology, 6E. Human Kinetics. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |