UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Kajian ini mengkaji kesan kebimbangan atlet angkat berat Selangor ke atas prestasi dalam Kejohanan Angkat Berat Peringkat Kebangsaan di Johor Bahru 2015. Sampel adalah keseluruhan atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut iaitu 10 orang atlet angkat berat lelaki berumur 13 hingga 15 tahun. Data kajian ini diperolehi melalui borang soal selidik Competitive State Anxiety Inventory (CSAI-2) untuk mengukur tahap kebimbangan (kognitif, somatik dan keyakinan diri). Analisis nilai min dan peratusan digunakan untuk melihat tahap kebimbangan atlet manakala ujian korelasi digunakan untuk mengkaji perkaitan antara tahap kebimbangan dengan pencapaian atlet semasa kejohanan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan (kognitif, somatik dan keyakinan diri) atlet sehari sebelum kejohanan adalah pada tahap yang sederhana. Manakala tahap kebimbangan kognitif mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi atau pencapaian semasa dalam kejohanan tersebut. Oleh yang demikian, para jurulatih dan atlet haruslah memberi penumpuan pada kebimbangan kognitif sekiranya ingin mencapai prestasi yang cemerlang dalam sesuatu kejohanan angkat berat pada masa akan datang. Pengkaji mencadangkan pihak pengurusan perlu mendapatkan bantuan ahli psikologi sukan untuk memberi latihan psikologi kepada atlet terutamanya untuk mengatasi kebimbangan kognitif disamping latihan fizikal yang berterusan mengikut periodisasi latihan. |
References |
1. Ajan, T., Carrard, M. F., Coffa, S., Nagy, R., Kayser, B., Chinen, R., Bulgaridhes, J., Lassen, M., Adamfi, A., & Nemeth-Mora, A. (2013). IWF Handbook technical and competition rules & regulations 2013-2016. Budapest.
2. Anshel, M. H. (2003). Sport psychology: from theory to practice. New York: Benjamin Cummings.
3. Arent, S. M., & Landers, D. M. (2003). Arousal, anxiety, and performance: A reexamination of the inverted-U hypothesis. Research Quarterly for Exercise and Sport, 74(4), 436-444.
4. Hamzah, H., & Omar-Fauzee, M. S. (2003). Pengaruh tekanan serta kebimbangan terhadap prestasi atlet: Kaedah dan cara Mengatasinya. Dalam Mohd Sofian Omar Fauzee (Ed.), Penyelesaian masalah atlet melalui pendekatan psikolog (56-67). Selangor: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
5. Humara, M. (2000). The relationship between anxiety and performance: A Cognitive-behavioral perspective. The Sport Psychologist, 6,334-357.
6. Martens, R., Burton, D., Vealey, R. S., Bump, L. A., & Smith, D. E. (1990b). Development and validation of the Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2). Champaign, IL: Human Kinetics.
7. Martens, R., Vealey, R. S., & Burton, D. (1990a). Competitive anxiety in sport. Champaign, IL: Human Kinetics.
8. Nicholls, A. R., Polman, R. & Levy, A. R. (2010). Coping self- efficacy, pre-competitive anxiety, and subjective performance among athletes. European Journal of Sport Science, 10(2): 97 –102.
9. Omar-Fauzee, M. S. (2003). Sosio-psikologi sukan dan kegiatan fizikal. Shah Alam: Karisma Publications.
10. Razak, N. A. (2011). Kesan intervensi pengurusan stress terhadap kebimbangan seketika, kebangkitan fisiologi dan prestasi atlet olahraga remaja Malaysia. Phd Tesis yang tidak diterbitkan. Pusat Sukan, Universiti Malaya.
11. Salles, W. D. N., de Oliveira, C. C., Barroso, M. L. C., & Pacheco, R. W. (2015). Pre-competitive anxiety and sport: study with college athletes. UNICAMP, 13(3), 85-100.
12. Silva, J. M., & Stevens, D. E. (2012). Psychological foundations of sport. Boston, MA: Allyn & Bacon.
13. Weinberg, R. S. & Gould, D. (2011). Foundations of Sport and Exercise Psychology. Champaign, IL: Human Kinetics |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |