UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti hubungan komponen kecergasan fizikal terhadap lari pecut 100 meter dalam kalangan murid lelaki berumur 13 tahun. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk eksperimen dengan menggunakan reka bentuk kajian kes sekali (the one shot case study) untuk menganalisis hubungan komponen kecergasan fizikal berasaskan sukan dan komponen antropometri terhadap lari pecut 100 meter. Seramai 180 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data dianalisis dengan menggunakan analisis regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lima daripada sepuluh pemboleh ubah peramal bakat dalam lari pecut 100 meter iaitu kuasa, kepantasan, masa reaksi, ketinggian berdiri dan berat badan merupakan peramal bagi prestasi lari pecut 100 meter dalam kalangan murid lelaki berumur 13 tahun. Kombinasi tiga pemboleh ubah komponen kecergasan fizikal berasaskan sukan menyumbang sebanyak 50.2% (nilai R Square = .502) varian komponen kecergasan fizikal berasaskan sukan dapat diterangkan oleh kombinasi linear pengukuran dalam skor lari pecut 100 meter [F (6,173) = 29.046, p < .000]. Kombinasi dua pemboleh ubah komponen antropometri menyumbang sebanyak 62.% (nilai R Square = .620) varian komponen antropometri dapat diterangkan oleh kombinasi linear pengukuran dalam skor lari pecut 100 meter [F (4,175) = 71.354, p < .000]. Kajian ini juga mencadangkan bahawa lima pemboleh ubah tersebut boleh digunakan sebagai ujian untuk mengenal pasti bakat pelari pecut 100 meter khusus kepada murid lelaki berumur 13 tahun. |
References |
1. Ahmad Hashim. (2003). Konstruk bateri ujian dan perbandingan tahap prestasi keupayaan motor pelajar sekolah menengah Malaysia. (Thesis Ijazah Kedoktoran yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris).
2. Carling, C., Le Gall, F., Reilly, T., & Williams, A. M. (2009). Do anthropometric and fitness characteristics vary according to birth date distribution in elite youth academy soccer players? Scandinavian Journal of Medicine and Science in Sports, 19, 3–9.
3. Englert, C., & Bertrams, A. (2014). The effect of ego depletion on sprint start reaction time. Journal of Sport and Exercise Psychology, 36(5), 506-515.
4. Green, S.B., Salkind, N.J., & Akey, T.M. (2000). Using SPSS for Windows: Analyzing and understanding data (2nd ed.) Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall)
5. Hadavi, F., & Zarifi, A. (2009). Talent identification and development model in iranian athletics. World J Sport Sci, 2(4), 248-53.
6. Krzysztof, M., & Mero, A. (2013). A kinematics analysis of three best 100 m performances ever. Journal Of Human Kinetics, 36149-161.
7. Maćkała, K., Fostiak, M., & Kowalski, K. (2015). Selected determinants of acceleration in the 100m sprint. Journal of human kinetics, 45(1), 135-148.
8. Manouras, N., Papanikolaou, Z., Karatrantou, K., Kouvarakis, P., & Gerodimos, V. (2016). The efficacy of vertical vs. horizontal plyometric training on speed, jumping performance and agility in soccer players. International journal of Sports Science & Coaching, 11(5).
9. Reilly, T., Bangsbo, J., & Franks, A. (2000). Anthropometric and physiological predispositions for elite soccer. Journal of Sport Sciences, 18, 669–683.
10. Tabachnick, B. G., & Fidell, L. S. (1996). Biometrika table for statisticians 1 (2nd ed.) New York: Cambridge University Press
11. Thomas, J. R., & Nelson, J. K. (2001). Research methods in physical activity (4th ed). Champaign, IL: Human Kinetics Publishers
12. Waldron, M., & Worsfold, P. (2010). Differences in the game specific skills of elite and sub-elite youth football players: Implications for talent identification. International Journal of Performance Analysis in Sport, 10, 9–24.
13. Williams, A. M., & Reilly, T. (2000). Talent identification and development in soccer. Journal of Sports Sciences, 18, 657–667.
14. Wolstencroft, E., House, C., & Gyle, S. (2002). Talent identification and development: an academic review. A Report for Sportscotland by The University of Edinburgh |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |