UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :GV Recreation Leisure
ISSN :2232-1918
Main Author :Jani Julismah, Salimin Norkhalid, Shahril Mohd Izwan,
Title :Kesan modul kejurulatihan permainan berasaskan Teaching Games for Understanding terhadap prestasi pemain bola jaring sekolah
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Tujuan kajian adalah untuk menilai keberkesanan modul kejurulatihan permainan berasaskan Teaching Games for Understanding (TGfU) terhadap prestasi pemain bola jaring di sekolah menengah. Penilaian prestasi pemain adalah dari aspek membuat keputusan, memilih dan menggunakan strategi menyerang dan bertahan pada masa dan tempat yang sesuai dalam situasi permainan Bola Jaring. Kajian ini turut mengkaji hubungan modul dengan prestasi pemain serta membuat perbandingan antara kumpulan eksperimen dan kawalan. Sampel adalah dari 14 orang pemain pasukan bola jaring di sekolah menengah yang terpilih. Pemain telah melalui latihan selama empat minggu dengan tiga siri latihan pada setiap minggu yang menggunakan modul tersebut berdasarkan tiga jenis permainan ubahsuaian. Keputusan kajian ini mendapati prestasi pemain dalam menggunakan strategi menyerang adalah sangat tinggi manakala dari aspek membuat keputusan dan strategi bertahan adalah pada tahap baik. Pada keseluruhannya terdapat hubungan positif yang sangat kuat dan signifikan di antara penggunaan modul tersebut dengan prestasi pemain dalam permainan Bola Jaring. Juga, terdapat perbezaan prestasi di antara kumpulan yang menggunakan modul dengan kumpulan yang tidak menggunakan modul tersebut. Kesemua jurulatih dan pemain bersetuju bahawa modul tersebut telah memberikan kesan yang tinggi terhadap prestasi pemain dalam permainan Bola Jaring. Disimpulkan bahawa modul kejurulatihan permainan berasaskan TGfU telah memberi kesan yang tinggi terhadap prestasi pemain dari aspek membuat keputusan, memilih dan menggunakan strategi menyerang dan bertahan pada masa dan tempat yang sesuai dalam situasi permainan Bola Jaring. Implikasi kajian ini adalah untuk menerapkan budaya berfikir pemain semasa bermain bola jaring serta membantu jurulatih sekolah untuk mengesan tahap pembelajaran dan keupayaan pemain dalam kemahiran membuat keputusan.

References
1. Allison, S., & Thorpe, R. (1997). A comparison of the effectiveness of two approaches to teaching games within physical education. A skills approach versus a games for understanding approach. The British Journal of Education, Autumn, 9-13. 2. Araújo, D, Button, C., Chow, J, I., Davids, K., Renshaw, I., & Shutleworth, R. (2007). The role of nonlinear pedagogy in physical education. Review of Educational Research, 77 (3), 251-78. 3. Balakrishnan, M., Rengasamy, S. & Aman, M.S. (2011). Effects of Teaching Games for Understanding Approach on Students Cognitive Learning Outcome. World Academy of Science, Engeneerinng and Technology (77), 961-963. 4. Bunker, D. J., & Thorpe, R. D. (1982). “A model for the teaching of games in secondary schools”. Bulletin of Physical Education, 18(1), 1-10. 5. Capel, S. (2000). Issue in physical education. In Nathan, S. (2014). Intruksi model taktikal permainan, (ed. Pertama). PTS Akademia. 6. Julismah, J., Pearson, P., Forrest, & Webb, P. (2012). "University students' subject matter knowledge and misconception of Teaching Games for Understanding and its implication to teach", Journal of Research, Policy & Practice Of Teacher & Teacher Education, ISSN:2232-0458 7. Light, R. (2003). The joy of learning: Emotion and learning in games through TGfU. Journal of Physical Education New Zealand, 36(1), 93-99. 8. Nathan, S. Abdul Rahim, S. & Norkhalid, S. (2014). The Effect of Teaching Games For Understanding Coaching Context on Elite Malaysian Scholl Player’s in General Hockey Skill and Mini Game Play. International Journal of Humanities, Arts, Medicine and Sciences, 2 (4), 15-24. 9. Norasiah Karim (Komunikasi Personal, 2015). Guru - jurulatih pasukan bola jaring di sebuah sekolah menengah. 10. Pill, S. (2013). Teaching Games for Understanding. Sport Coach. Vol. 29, No.2. Retrieve http://www.bsukanspmoe.com/ekejohanan/. 11. Thorpe, R., Bunker, D. & Almond, L. (1986). Rethinking games teaching. Department of Physical Education and Sports Science. University of Technology, Loughborough.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.