UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Penulisan ini memperhalkan tentang pembangunan modal insan yang menjadi teras kearah melahirkan insan berkualiti dalam adat budaya Melayu selari dengan ajaran Islam yang sangat menitikberatkan aspek kualiti dalam kehidupan bermasyarakat. Agenda modal insan ini merupakan suatu usaha menyediakan pendokong atau pelaksana yang berkualiti dalam melaksanakan segala program pembangunan yang dirancang dan seterusnya dimanfaatkan oleh masyarakat. Dalam agenda pembangunan masyarakat yang berteraskan al-Quran dan al- Sunnah, terdapat tiga ajaran iaitu akidah, syariah dan akhlak. Gabung-jalin daripada tiga elemen ini akan membentuk satu gagasan yang tersusun bagi pembentukan budaya Melayu yang kuat, mantap, berguna dan terbaik. Orang-orang Melayu amat menekankan kepada budi bahasa dan tatasusila. Perlakuan yang berlandaskan kepada keperluan ini dapat memenuhi nilai-nilai yang dikehendaki secara tradisi yang jelas selari dengan nilai-nilai modal insan dalam adat dan budaya Melayu yang berteraskan agama Islam. |
References |
1. Abdullah Sidek. (1975). Pengantar Undang-undang Adat di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.
2. Abdul Malek Al Sayed. (1995). Etika Sosial dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Abdul Salam Yussof. (2003). Imam Al-Ghazali, Pendidikan Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Ahmad Zaki Ibrahim. (2005). Tamadun Islam: Konsep dan peranannya dalam pembinaan bangsa melayu bertamadun. Kertas Kerja Seminar Ketamadunan Ummah pada 9 Ogos 2005. USM: Dewan Budaya.
5. Azhar Hj.Wahid dan Zawawi Jahya. (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
6. Hassan Ahmad. (2006). Imbasan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ibn Khaldun (terj). (1993). Mukadimah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Marwan Ibrahim al-Kaysi (terj). (1997). Adab Sopan dan Budi Pekerti dalam Islam. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
8. Wan Abdul Kadir. (1994). Nilai dan Worldview Orang Melayu. Kota Bharu: Masfami Enterprise.
9. Yusuf Al-Qardhawi. (1992). Wawasan Islam antara Keaslian dan Kemodenan. Batu Caves: Thinker’s Library. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |