UPSI Digital Repository (UDRep)

Unsur estetik dalam sajak karya Rahman Shaari

AVAILABLE Article 2707 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Unsur estetik dalam sajak karya Rahman Shaari
Type
Article
Main Author
Akhesah Rahayu, Saludin Mohd Rosli, Din Ghazali,
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN
1675-4271
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of publication
2017

Full Text

Rahman Shaari bergiat dalam bidang penulisan pelbagai buku dan rencana sastera bukanlah asing dalam kalangan penulis khususnya pengkarya sastera. Bahkan beliau merupakan seorang penyair, penulis bebas dan ahli akademik negara. Kajian bertajuk ‘Unsur Estetik Dalam Sajak Karya Rahman Shaari’ ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis unsur estetika dalam beberapa sajak terpilih Rahman Shaari. Kajian ini juga menerapkan Teori Stilistik bagi mengkaji tentang bahasa yang diterapkan dalam hasil karya sajak beliau. Metodologi kajian ini melibatkan penyelidikan kualitatif berasaskan kajian teks. Karya beliau banyak menyentuh tentang tema alam, cinta, politik, setia kawan, patriotik, alam perkahwinan dan agama. Hasil kajian ini penting untuk mengapresiasi sumbangan karya Rahman Shaari dan berharap kajian ini menjadi pendorong untuk beliau terus menulis dalam dalam bidang puisi dan terus berjuang dalam menghasilkan karya dalam penghasilan sajak bahkan novel dan cerpen. Secara kesimpulannya, kajian ini dapat membuktikan sumbangan Rahman Shaari sangat penting dalam memartabatkan bidang puisi dan merupakan satu wadah untuk memastikan kesinambungan kesenian puisi dalam bidang kesusasteraan Melayu dalam peradaban Melayu di seantero dunia.

References

1. Abdul Halim Ali, Azhar Hj Wahid. (2005).Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden: UPSI. 2. Abdul Halim Ali. (2013).Memahami Puisi Melayu Tradisional: Budiman. 3. Abdul Halim Ali. (2013). Pengantar Teori & Kritikan Sastera: Barat dan Malaysia: Budiman 4. Desi Sri Cahyani. (2015). Sindiran Sebagai Penegas Kritik Sosial Terhadap Kebobrokan Moral: Tinjauan Semiotik dan Stilistik terhadap Antologi Puisi Sosial 51 Penyair Pilihan, Bangga Aku Jadi Rakyat Indonesia. 5. Khairudin Mohamad, Wan Zaliha Wan Othman, Amanah Mohd Noor. (2014). Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu: Penerbitan Multi Media Sdn Bhd. 6. Mana Sikana. (1997). Pembangunan Seni & Sastera: Jabatan Persuratan Melayu. 7. Mana Sikana. (2006). Kritikan Sastera Melayu Moden. Pustaka Karya. 8. Mana Sikana (2015). Koleksi Teori Sastera: Pustaka Karya. 9. Mohd Rosli Saludin (2013). Puisi Melayu Tradisional: Jurnal Peradaban Melayu Jil (8), 1-13. 10. Mohd Yahya Mohamed Ariffin (2007, Oktober 29). Angkat Martabat Pemuisi. Utusan Online. Diperoleh daripada: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htmMuhammad Haji Salleh. (2008). Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional: Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan: Mc Graw Hill Education. 12. Rahman Shaari. (2006). Anjung Persinggahan: Dewan Bahasa dan Pustaka 13. Rahman Shaari. (2008). Anjung Deklamator: Pekan Ilmu Publication 14. Rahman Shaari. (2005). Kemantapan Puisi Melayu Moden: Satu Tinjauan: Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd Rahman Shaari. (2007). Rahman Shaari penerima Anugerah Sea Write Awards 2007: Dewan Bahasa dan Pustaka. 15. Sohaimi Abdul Aziz. (2003) Teori dan Kritikan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 16. Sulaiman Masri. (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei, proposal ,tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributors

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.