UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN :1675-4271
Main Author :Omar Ani, Janoory Lajiman,
Title :Jati diri orang Melayu menerusi novel Malaisie karya Henri Fauconnier (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Sejak 84 tahun lalu, novel berteraskan rakaman sejarah mengenai citra kehidupan, budaya, adat resam, keindahan bahasa dan kesusasteraan Melayu daripada kaca mata lelaki Perancis, Henri Fauconnier sudah diterbitkan dalam bahasa Perancis. Novel Malaisie telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia termasuk bahasa Inggeris dengan tajuk The Soul of Malaya oleh penterjemahnya, Eric Sutton. Nurani Tanah Melayu tajuk novel Malaisie yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, menanggapi dimensi baharu kehidupan yang dilalui dua pengurus estet, Lescale dan Rolain di Kuala Sampah, Selangor yang secara perlahan-lahan menyesuaikan diri, sekali gus mempelajari adat budaya pelbagai kaum di Tanah Melayu. Artikel ini selanjutnya menampilkan bagaimana Fauconnier mencerminkan realiti sepanjang beliau berkelana ke Tanah Melayu bermula tahun 1905 untuk memulakan penanaman getah. Pelbagai kisah menarik merangkumi kehidupan pelbagai kaum dimuatkan dalam novel ini. Lebih menarik, banyak pantun Melayu yang menghiasi setiap bab, malah Fauconnier turut menulis bahawa beliau terpikat dengan bait indah dan kiasan dalam khazanah puisi tradisional Melayu yang menunjukkan kesantunan masyarakatnya dalam berbahasa sekali gus menampilkan jati diri penuturnya. Keindahan sastera Melayu menerusi watak pembantu Lescale, iaitu Ngah dan Smail yang mengajaknya membaca buku dongeng lama seperti Cerita Kutu di Dalam Hutan dan Pak Belalang pula menunjukkan kebanggaan masyarakat dulu dalam memartabatkan bahasa dan kesusasteraan. Secara keseluruhannya Nurani Tanah Melayu adalah simbolik kepada kekuatan Melayu yang selama ini sering dipandang rendah oleh masyarakatnya sendiri, sedangkan ia dihormati oleh orang asing yang mengambil peluang mendalami keunikan budaya dan keseniannya. Dapatan kajian ini berupaya membuatkan nurani dan minda masyarakat supaya teguh kepada akarnya, tegar dalam menjaga kedaulatan bangsa dan lebih patriotik seperti saratnya cinta Fauconnier kepada Tanah Melayu.

References
1. Ani Hj Omar. (2011). Aspresiasi Teori Kesusasteraan Melayu.Tanjung Malim: Emeritus Publication. 2. Asmad. (1990). Budaya Bahasa (1) Puisi. Kuala Lumpur: Associated Educational Dristributors (M). 3. Harun Mat Piah, Ismail Hamid & Siti Hawa Salleh. (1993). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Henri Fauconnier. (2015). Nurani Tanah Melayu (Malaisie). Penterjemah Muhammad Haji Saleh. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. 5. Mohd. Ali Bachik. (1989). Himpunan Puisi Klasik. Shah Alam: Marwilis Publisher and Distributors Sdn. Bhd. 6. Mohd Affandi Hassan. (1994). Kesusasteraan Melayu: Mitos dan Realiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Mana Sikana.(1986). Kritikan Sastera, Pendekatan dan Kaedah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 8. Muhammad Haji Salleh. (2008). Permata di Rempat, Gilang Sastera sebagai Ruang Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9. Mohd. Taib Osman. (1984). Warisan Puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10. Sahlan Mohd Saman dan Shaiful Bahri Md. Radzi (pnyt.). (2012). Pengantar Pesuratan Melayu, Tradisional ke Moden. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 11. Reeves, J. (1980). Understanding Poetry. London: Pans Book Ltd. 12. Schools, Robert. (1969). Elements of Poetry: London: Oxford University Press. 13. Winstedt, R.O. (1969). A.History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press. 14. Za’ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)