UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Tujuan penyelidikan tinjauan ini adalah untuk menentukan tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) murid-murid tahap dua sekolah rendah serta mengkaji corak kemahiran penaakulan saintifik murid melalui Ujian Penaakulan Saintifik Bilik Darjah (UPSBD). Secara spesifiknya, objektif kajian adalah menentukan tahap kemahiran penaakulan saintifik murid tahap dua, membandingkan tahap kemahiran penaakulan saintifik murid tahun lima dengan murid tahun enam, membandingkan tahap kemahiran penaakulan saintifik murid lelaki dengan murid perempuan, membandingkan tahap kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan murid tahap dua antara sekolah, dan menentukan corak kemahiran penaakulan saintifik murid tahap dua. Seramai 267 murid tahap dua yang terdiri daripada murid tahun lima dan tahun enam daripada lima buah sekolah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Penaakulan Saintifik Bilik Darjah yang telah diterjemahkan daripada versi asal Lawson (2000). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratus, min dan statistik inferensi seperti ujian-t dan ANOVA digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan murid masih berada pada tahap yang pertama dalam kemahiran penaakulan saintifik iaitu tahap operasi konkrit dengan min keseluruhannya adalah 1.0037. Tidak ada perbezaan yang signifikan antara murid tahun lima dengan murid tahun enam (t(265)=-0.996, p˃0.05). Begitu juga keputusannya bila perbandingan dibuat antara murid lelaki dengan murid perempuan (t(265)=1.116, p˃0.05). Perbandingan tahap kemahiran penaakulan saintifik antara sekolah juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (F(4,262) =1.010, p˃0.05). Corak kemahiran penaakulan saintifik tertumpu pada item satu iaitu aspek pengabdian berat dengan 23.6%. Manakala aspek pemikiran perkadaran lanjutan langsung tidak dapat dijawab dengan betul oleh responden kajian. |
References |
1. Abu Bakar Nordin (1995). Penilaian afektif. Masa Enterprise.
2. Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zahir Ahmad dan Abdul Rahman Abdul Aziz. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT. Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Jilid 7.
3. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Bao, L., Cai, T., Koenig, K., Fang, K., Han, J., Wang, J., Liu, Q., Ding, L., Cui, L., Luo, Y., Wang,Y., Li, L., Wu, N. (2009). Comparison of Learning And Scientific Reasoning In Chinese & U.S. Schools: Alternate Conclusions and Recommendations. Learning and Scientific Reasoning, Science. Vol. 323.no. 5914, pp. 586-587.
5. Kelly, G. J., Carlsen, W. S., & Cunningham, C. M. (1993). Science education in Sociocultural context: Perspectives from the sociology of science. Science Education, 77(2), 207-220.
6. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
7. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
8. Lawson, A. E. (1982). Formal Reasoning, Achievemnet and Intelligence: An Issues of Importance. Science Education, 66; 77-83.
9. Lawson, A. E. (1995). Science teaching and the development of thinking. Belmont, CA: Wadsworth Publishers.
10. Lawson, A. E. (2000). Revised Edition Based on: Lawson, A.E. 1978. Development and validation of the classroom test of formal reasoning. Journal of Research in Science Teaching, 15(1): 11-24.
11. Lawson, A. E., Karplus, R., & Adi, H. (1978). The acquisition of propositional logic and formal operational schemata during the secondary school years. Journal of Research in Science Teaching, 15(6), 465-478.
12. Lawson, A. E., Drake, N., Johnson, J., Kwon, Y.-J., & Scarpone, C. (2000). How good are students at testing alternative explanations of unseen entities? American Biology Teacher, 62(4), 249-255.
13. Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia melangkah ke hadapan. Kuala Lumpur: ISIS & Dewan Bahasa dan Pustaka.
14. Mohamad Fadzil (2008). Kesan Kaedah Inkuiri Koperatif Berbantukan Multimedia ke atas Prestasi Kemahiran Proses Sains Bersepadu, Pemikiran Saintifik dan Sikap dalam Sains dalam Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan. Tesis PHD. Universiti Sains Malaysia.
15. National Research Council (Ed.). (1996). National science education standards. National Academy Press.
16. Nik Azis Nik Pa & Ng, S., G.(1991). Laporan tentang pelaksaan KBSM: Fenomena tahun pertama (1989) dan kedua (1990). Laporan dikemukakan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
17. Nor Azizah Mohd Salleh & Chong Poh Wan. (2000). A review of cooperative learning research and its implication for teacher education. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning, 24-25 November, pg 1266-1289.
18. Nor’ain, Nurulhuda Abd Rahman, Noor Shah Saad, Asmayati Yahaya, Hasimah Alimon, Mohd. Uzi Dollah et al., (2011). Kemahiran Penaakulan Saintifik dan Stail Pengajaran Pensyarah: indikasi awal ke arah Peningkatan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3(1), 48-59.
19. Omar, R., Puteh, Sharifah. N., & Ikhsan, Z. (1999). Implementation of Science Skills Process in Project Based Learning Through Collaborative Action Research. Proceedings of the International Conference on Educational Reform (ICER 2014), Innovations and Good Practices in Education: Global Perspectives 221-228
20. Piaget, J., & Inhelder, B. (1958). The psychology of the child. NY: Basic Books.
21. Suzana Ayob. (2014). Hubungan antara Kemahiran Penaakulan Saintifik dan Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat. Tesis Master. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
22. Syamsina (2011). Kemahiran Penaakulan Saintifik dan Stail Pengajaran Guru Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan. Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
23. Toffler, A. (1991) Powershift. New York: Bantam Books.
24. Zimmerman, C. (2007). The development of scientific thinking skills in elementary and middle school. Developmental Review, 27, 172-223.
25. Zuzovsky, R. & Tamir, P. (1989). Home and the school contributions to science achievement in elementary schools in Israel. Journal of Research in Science Teaching, 26, 703- 714. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |