UPSI Digital Repository (UDRep)

Gaya pembelajaran murid orang asli di Perak dalam pendidikan Islam

AVAILABLE Thesis 2839 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Gaya pembelajaran murid orang asli di Perak dalam pendidikan Islam
Type
Thesis
Main Author
Mohamad Yusri Bakir
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2017
Notes
Doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran murid Orang Asli dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah negeri Perak. Kajian ini menggunakan Teori Kognitif Piaget, Gestalt, Pembelajaran Tadrij, Teori Dua Faktor Motivasi Herzberg dan Model Dunn & Dunn untuk mengkaji gaya pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid Orang Asli merangkumi aspek motivasi, tanggungjawab, kecekalan, persekitaran, struktur, sosiologi, fisiologi dan psikologi. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan menggunakan metod kuantitatif dan kualitatif. Metod kuantitatif melibatkan soal selidik yang diedarkan kepada 199 orang murid dan disokong oleh metod kualitatif yang melibatkan pemerhatian terhadap enam orang murid Orang Asli beragama Islam. Data kajian dianalisis untuk melihat deskriptif dan inferensi; frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, ujian MANOVA serta korelasi Pearson. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati gaya pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid Orang Asli adalah sederhana tinggi. Aspek motivasi dan struktur menunjukkan skor min yang tinggi, sementara aspek tanggung jawab, kecekalan, persekitaran, sosiologi, fisiologi dan psikologi menunjukkan tahap sederhana tinggi. Dapatan ini disokong melalui pemerhatian di dalam kelas bagi mengukuhkan hasil dapatan deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembelajaran murid Orang Asli berdasarkan jantina, lokasi sekolah, suku kaum, pendidikan dan pendapatan ibu bapa. Hasil analisis korelasi pula mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara komponen gaya pembelajaran murid Orang Asli dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam. Implikasi hasil kajian ini, mencadangkan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian dan kebolehan murid Orang Asli Islam berdasarkan konstruk yang telah dibincangkan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.