UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA75 Electronic computers. Computer science
Main Author :Mohd Nor Hajar Hasrol Jono
Title :Kesan koswer multimedia interaktif berasaskan teori pembelajaran Gagne dalam pembelajaran pengaturcaraan C++
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2017
Notes :Doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini berkaitan penghasilan Koswer Multimedia Interaktif (MinKOS) dan kesan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan C++ mengikut teori pembelajaran Gagne. Kajian pembangunan aplikasi dijalankan mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran subjek pengaturcaraan C++ dalam konteks penggunaan teknologi multimedia interaktif dan penggunaan model pembangunan reka bentuk instruksi ADDIE. Aplikasi direka bentuk dengan menggabung jalin beberapa elemen multimedia dan interaktiviti yang memudahkan pelajar untuk memahami kandungannya. Reka bentuk kajian digunakan adalah kuasi eksperimen kumpulan tidak setara dengan kumpulan kawalan ujian pra dan ujian pasca. Sampel terdiri daripada 60 orang pelajar salah satu universiti awam yang dijadikan sebagai kumpulan rawatan seramai 30 orang menggunakan MinKOS dengan teori pembelajaran Gagne dan kumpulan kawalan seramai 30 orang menggunakan MinKOS sahaja. Instrumen kajian adalah set soalan ujian pra dan ujian pasca dan soal selidik penilaian produk. Statistik deskriptif digunakan untuk menentukan profil demografi kajian dan menentukan tahap penilaian pelajar terhadap persembahan perisian kursus menggunakan aplikasi MinKOS dengan teori pembelajaran Gagne. Ujian ANCOVA mendapati pencapaian pelajar kumpulan yang menggunakan MlnKOS dengan teori pembelajaran Gagne signifikan lebih tinggi daripada kumpulan yang menggunakan MinKOS sahaja. Manakala ujian MANOVA mendapati penilaian persembahan kursus, kandungan dan motivasi pelajar signifikan lebih tinggi bagi kumpulan yang menggunakan MinKOS dengan teori pembelajaran Gagne berbanding kumpulan yang menggunakan MinKOS sahaja. Kajian mendapati penggunaan multimedia interaktif dengan penggabungan teori pembelajaran Gagne dapat menghasilkan satu panduan pembangunan aplikasi multimedia interaktif yang lebih efektif dalam pembangunan sesuatu koswer pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan C++. Oleh itu, kajian ini meletakkan potensi pembelajaran pengaturcaraan sebagai satu pembelajaran yang mudah dipelajari dan dikuasai, dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembangunan dan penyelidikan dalam bidang pendidikan multimedia dan teknologi maklumat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.